Apa gunanya ada harta banyak, hidup dengan ala kadar dan sederhana cukup la. Asalkan bahagia.

Saya pasti anda sering dengar ayat di atas ini. Begitu juga dengan saya, malah waktu kecil lagi saya pernah dengar ayat ini. Tetapi, masa itu mungkin pandangan saya kabur dan mungkin berat sebelah =) Sewaktu itu saya mengatakan orang harta banyak, orang kaya, orang kaya adalah orang jahat, orang kaya banyak masalah keluarga, orang kaya tidak bahagia. Itu semua pengaruh televisyen sewaktu kanak-kanak. Semua cerita drama melayu berkisarkan kepada itu. Pandangan terpesong setelah saya sendiri mengenali orang-orang kaya sewaktu sekolah menengah (ibu bapa kawan-kawan sekolah).

Setelah beberapa lama, saya memikirkan ayat di atas, saya dapat simpulkan bahawa orang yang mengatakan ayat tersebut, kurang pasti atau tidak tahu mengenai erti konsep ala kadar dan kesederhanaan untuk mengharungi masa mendatang. Bagi golongan yang memahami konsep ini, mengapa ayat ini disebut-sebut? Mungin atas sebab-sebab yang berikut:

  • sudah putus asa dalam perniagaan.
  • tiada lagi semangat untuk maju
  • iri hati dengan kejayaan orang lain
  • malas
  • sudah selesa dengan hidup walaupun terpaksa meminjam
  • berfikir sudah terlambat untuk memperbetulkan kehidupan

INGAT! Bukan pendapatan anda yang menjadi ukuran kekayaan anda. Sebanyak mana pendapatan anda, belum tentu anda kaya. Walaupun anda berpendapatan rendah sekali pun, jika anda tahu menguruskan sejumlah wang tersebut dan kehidupan, anda boleh menjadi kaya.

Saya tidak mengatakan wang perlu diletakkan sebagai priorati pertama di dalam kehidupan kita. Dan tidak pula boleh kita pandang remeh dan meletakkan ia ke kedudukan kedua. Dan sememangnya wang tidak dapat membeli kebahagiaan seseorang. Dan sememangnya wang tidak boleh di bawa mati. Tetapi semuanya boleh membuat orang yang kita sayangi gembira, kita melakukan ibadat dengan tenang, boleh membantu orang lain, apabila kita tiada di dunia ini, orang yang kita sayangi masih lagi dapat menjalani kehidupan seharian dari hasil peninggalan kita.

Tetapi timbul persoalan, apabila orang mengejar wang ringgit, mulalah lupa tanggungjawab, tiada masa untuk keluarga? Timbullah pelbagai masalah. Betul ke? Apa lagi, bincangkan lah…