Berkali-kali saya menemui orang yang berkata, “Macam mana nak bisnes kalau saya tak ada modal…” atau “Saya nak cari duit tapi tak ada kenderaan nak bergerak (untuk jalankan bisnes atau kerja part time)…” atau “Saya busy la tak sempat nak bisnes part time cari duit lebih…” diiringi muka yang sedih dan monyok. Kalau ada orang yang bertanya atau sekadar mengadu pada saya sebegini saya akan perhatikan dalam-dalam wajahnya dan cuba mentafsir darjah kesedihannya tu. Ya, kebanyakan mereka memang benar-benar kesempitan wang. Saya yakin anda pun pernah berjumpa dengan insan-insan yang menyedihkan ini atau anda sendiri yang berkata begitu! Saya bukan ahli ekonomi nak beri mereka jawapan atau nasihatkan mereka. Lagipun dalam kebanyakan masa, apabila saya cuba beri idea atau alternatif-alternatif nak mengatasi masalah mereka, mesti ada 10-20 jawapan diberikan untuk menepis SATU cadangan saya tu dan saya akan kasihankan orang tu (dalam hati lah) kerana betul lah dalam buku motivasi ada mengatakan “Orang yang yang gagal akan sering memberi alasan…” Apabila otak sudah awal-awal kata “Saya tak boleh buat…” maka, segala apa yang datang akan cuba ditepis dan mereka akan kekal tidak berganjak dari kedudukan mereka yang malang.

Berbalik kepada kisah orang yang suka memberi 1001 alasan tadi, sebenarnya hanya ada satu sahaja penyelesaian untuk mereka. Dan ini bukan dongengan ya, saya dah baca banyak buku mengatakan hal yang sama iaitu “GUNA OTAK” untuk atasi hal tersebut. Billi Lim ada berkata, kita mesti cari cara untuk mempelajari seni mencipta kekayaan (art of welath creation). Jangan risaulah kalau kita bukan anak orang kaya. Kita sendiri boleh hidup senang kalau kita boleh gunakan otak untuk keluar dari kepompong kesesakan wang.

Kita sebenarnya telah dilahirkan dengan aset yang banyak tetapi kita tak menyedarinya kerana Tuhan memberi kita percuma. Sebab itulah kita tak menghargai anggota badan kita seperti buah pinggang, usus, jantung dan semakin merosakkannya dengan makan macam-macam jenis ‘racun’ yang kita tahu akan merosakkan organ badan. Paling menyedihkan ialah kita tak menggunakan OTAK kita yang sememangnya magic dan hanya manusialah spesis hidupan yang ada OTAK dan AKAL. Kita patut menggunakan aset yang Tuhan dah berikan percuma kepada kita iaitu OTAK untuk mencari jalan menyelesaikan masalah kewangan kita bukannya dengan mengharapkan kita ada wang lebih untuk dijadikan modal berniaga, ada lebih masa untuk bisnes atau ada kenderaan macam kes yang saya ceritakan tadi. Bukan, bukan, bukan. Itu bukan penyelesaiannya…. Dengan inisiatif diri sendiri, kita akan menggunakan tulang empat kerat dan tenaga untuk mengusahakan apa yang telah difikirkan oleh AKAL kita. Nah, insyaallah akan dapat hasilnya, sesuai dengan teori Einstein E=mc2 ; E=tenaga; m=Jisim dan c=kelajuan cahaya. Dengan erti kata lain, tenaga menghasilkan benda dan benda menghasilkan tenaga. Bukankah semudah itu untuk mencari wang? (jangan bagi alasan dengan soalan saya ni sebab saya takut anda jadi orang yang gagal). Jika kita ada kemahuan yang kuat, kita mesti boleh lakukannya!

Sebelum terlupa, saya merujuk hal ini kepada mereka yang ada keinginan nak berniaga sahaja, bukan kepada mereka yang mungkin menganggap ‘bisnes tu kotor’, orang bisnes tu ‘mata duitan’ atau mereka yang berprinsip ‘aku nak hidup sederhana macam sekarang sahaja, aku tak perlu wang lebih’ atau ‘ilmu bisnes ni merosakkan pemikiran aku dan generasi muda’ atau ‘orang bisnes ni tamak’ atau ‘orang bisnes kedekut sebab tu kaya’. Saya hormati prinsip peribadi anda tetapi anda tidak sesuai membaca artikel ini.

Kesimpulannya, binalah diri kita dengan tulang empat kerat kita ni. Jangan kata saya memandai-mandai cakap demikian. Saya juga bukan pewaris harta pusaka, bukan anak orang kaya malahan pernah melalui hidup yang sukar dahulu walaupun tidak seteruk orang Afrika. Saya hanya insan biasa seperti anda yang memiliki semangat keusahawanan demi untuk berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Yang pasti saya malahan anda juga pasti menghargai hasil pendapatan yang diusahakan dengan titik peluh kita sendiri. Nilainya cukup bermakna walaupun sedikit!

“Jutawan memberikan tumpuan terhadap matlamat, menghitung risiko dan bekerja lebih keras berbanding dengan kebanyakan orang lain” Thomas J. Stanley – pengarang The Millionaire Mind

1001 Alasan