Pada hari ini saya hendak memberikan tazkirah sikit lah. Maklumlah, kita hendaklah mengingati antara satu sama lain. Selain kita mengejar hal-hal keduniaan, kita juga dilarang sama sekali mengabaikan hal-hal untuk bekalan kita ke akhirat. Kedua-duanya mesti begerak seiringan.

Pasal mulut ini, jikalu hendak cerita memang panjang, rasanya takkan abis pun, lebih-lebih lagi dikalangan masyarakat melayu ini. Banyak pepatah melayu yang dikaitan dengan mulut seperti mulut murai (cakap tak henti-henti) dan sebagainya. Pada hari ini, saya ingin menyeru dan menasihatkan kepada anda semua supaya menjaga mulut dan sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling. Budaya yang agak popular dikalangan orang melayu ialah mengumpat. Budaya yang tidak baik ini bukan sahaja merosakkan perhubungan seseorang, tetapi juga menjahanamkan masyarakat. Anda sebagai seorang islam harus sedar bahawa mengumpat adalah berdosa besar dan juga menempahkan diri anda ke neraka.

Kadang-kadang ada di antara kita cuba untuk mencegah perbuatan ini, tetapi kita juga yang kena balik. Ada yang menjawab pula tuh.

  • Apa nak buat, tuhan dah jadikan saya banyak mulut
  • Semua orang ada mulut, biasalah….
  • Kita bukan mengumpat pun, kita cakap benar
  • Kalau orang tu tipu kat aku, menipulah aku kat kau
  • Ala.. mana ada orang di dalam dunia nih yang tak bohong

Orang yang suka mengumpat mempunyai hati yang kotor. Apabila mempunyai hati yang kotor, ia merangsangkan minda, dan minda menggerakan mulut. Jadi saya harap kita sama-sama berazam dan bertekad untuk tidak mengumpat dan menjauhkan dari sifat-sifat yang keji. Jaga mulut. Sebenarnya perkara ini banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Pilihlah kawan yang baik. Sentiasa bersama dengan orang yang tak mengumpat. Ingat peribahasa arab …

Diam itu emas, Bercakap yang baik itu mutiara dan berlian

Fikirkan ……. ;)