Thu 16 Aug 2007
Ermm.. sudah lama saya tidak meng’update‘kann blog saya ini. Sedikit sibuk dengan kerja-kerja dan juga perniagaan kecil saya ini. Maklumlah semakin hari semakin dekat kita hendak berpuasa, maka ramai lah yang ingin menempah kad hari raya dan sampul duit raya ‘costum made’ untuk organisasi dan syarikat perniagaan.
Pada ‘post’ kali ini saya ingin berkongsi bersama mengenai bangun pagi. Salah satu benda yang simple yang dilakukan setiap hari. Tetapi adakah anda sedar kepentingan bangun pagi dalam kerja-kerja seharian kita. Kita semestinya memperolehi permulaan yang sempurna untuk menjamin kerja-kerja seharian kita bertambah lancar. Macam kita berlari 100m, permulaan adalah penting untuk melonjakkan kita kehadapan dan terus berlari pantas.
Sebagai umat Islam , kita perlu ingat ada 3 perkara penting yang harus kita lakukan setelah bangun dari tidur.
1. Membaca doa bangun dari tidur
2. Mengambil wuduk , membersihkan diri
3. Menunaikan Solat subuh
Sebenarnya tanpa anda sedari, kita telah dirantai oleh syaitan sewaktu kita tidur dengan 3 ikatan. Besar mana talinya atau simpul macam mana ikatan di badan kita, saya pun tidak tahu (Wallahualam). Tetapi untuk melepaskan ketiga-tiga ikatan ini, anda haruslah melakukan ketiga-tiga perkara yang asas sebagai seorang Islam. Lebih-lebih lagi menunaikan solat subuh. Solat adalah tiang agama. Ini akan memastikan kita bangun diawal pagi.
Saya rasa bukan dari segi agama sahaja yang ingin umatnya bangun diawal pagi dan memulakan kehidupan. Malah budaya melayu juga ada menyatakan perihal bangun pagi dengan banyak pantang larang.
Pantang anak dara bangun lambat…nanti lambat dapat jodoh.
Bangun lambat, nanti rezeki tidak masuk
Pantang larang tersebut ada kebenarannya. Ye la, kalau bangun lambat kita ada beberapa jam sahaja untuk melakukan kerja seharian kita. Jika langsung kita sambung tidur, satu sen pun kita tidak dapat.