MALAM KELMARIN saya ada berjumpa seorang adik (memandangkan dia lebih muda daripada saya) yang berminat nak tahu tentang Jus Herba INTRA. Adik Hafiz ni sebenarnya adalah tunang junior saya (Adik Afziha yang merdu suaranya bila menyanyi-Giha, I still remember your talent tau!) semasa di Sekolah Sains Kota Tinggi. Ditemani Adik Fairuz (junior di lab) kami bertemu di IOI Mall Puchong. Saya kagum sebab si Hafis ni beriya-iya nak tahu tentang jus herba INTRA. Dia ada usaha nak berjumpa saya walaupun dia tak kenal saya pun sebelum ni. Saya nampak si Hafiz ada ciri positif untuk buat bisnes. Mengapa? Sebab pertama, beliau berusaha untuk memahami semua fakta yang saya ceritakan dalam masa yang singkat tu (mungkin dia pening tetapi itulah cabarannya untuk belajar). Kedua, beliau terus sign up jadi ahli untuk bisnes jus herba INTRA. Ketiga, beliau ada wajah orang yang akan berjaya dalam bisnes (menurut kepercayaan orang Cina, orang yang bakal berjaya dalam bisnes ada beberapa ciri tertentu pada wajahnya. Ini cerita kemudian lah ya!). Keempat, adik hafiz ni nak cari duit nak kahwin…(Good Hafiz, awak ada mission sebagai penjana kejayaan!). Adik Hafiz ada menyatakan hasratnya untuk menyebarkan tentang jus herba INTRA di Melaka (ya, saya mengalu-alukan idea itu sebab saya memang tengah cari ‘kaki’ di Melaka. Dah siap susun strategi lagi!).

Sebenarnya saya sangat berharap dapat berjumpa orang yang dapat duplicate cara saya untuk berjaya dalam bisnes jus herba INTRA. Tetapi setakat ini tiada siapa pun dapat ikut apa yang saya cuba ajarkan. Betullah, kata orang perkara paling sukar untuk dilakukan ialah ‘permulaan’(untuk bekerja memulakan bisnes). Banyak rahsia-rahsia yang saya nak turunkan sedikit demi sedikit kepada mereka yang mahu berjaya. Saya berharap ada yang akan bersungguh menjalankan bisnes ini kerana pulangannya insyaallah lumayan! (jika anda duplicate cara saya!). Berjuanglah demi ekonomi agama dan bangsa kita!

Note: kita tak mampu copy cara orang lain bekerja, tetapi kita boleh contohi cara mereka! Good luck to Hafiz and Giha…! Cepat buka market di Melaka!