Tue 29 Apr 2008
Tertarik untuk menulis mengenai ALASAN. Saya pernah menulis 1001 Alasanmu tahun lepas dan sekarang gatal tangan lagi untuk menyenaraikan alasan-alasan yang selalu kita dengar, tambahan pula MILLIONAIRESPLANET EZINE terbitan Saudara Azizi Ali menulis satu artikel mengenai The Book of Excuse. Kalau kita baca sahaja, memang tidak masuk apa-apa. Masuk depan mata, keluar entah kat mana. Jadi cuba, nilai setiap alasan di bawah, fikirkan samada kita boleh berubah. Orang mengeluh, tetapi pernah anda cuba untuk menghilangkan keluhan itu. Antara alasan-alasan yang popular :
- Banyak kerja
- Uh.. sangat susah
- Saya bukannya orang tamak
- Kalau saya kaya, orang datang rompak saya
- Kalau saya kaya, orang datang meminjam duit dengan saya
- Kalau saya kaya, orang akan culik anak saya
- Apabila saya kaya, orang benci saya
- Alamak, saya kena belajar mengenai saham, hartanah, pelabura, pencukaian, pengurusan harta, menjalankan perniagaan dan banyak lagi. Itu terlalu banyak
- Tidak mengapa, saya masih muda
- Saya sudah terlalu tua
- Saya tidak pintar
- Saya tidak mempunyai kenalan yang sesuai
- Saya tidak cukup ilmu
- Saya tidak cukup modal
- Saya kurang bernasib baik
- Jika saya lakukannya dan hilang semua duit saya, jadi ianya adalah sia-sia
- Cukai saya bertambah. Hanya tuhan sahaja yang tahu berapa banyak cukai yang saya terpaksa bayar
- Nanti orang sukakan saya disebabkan wang bukannya saya
- Ia akan mengambil masa lapang saya daripada melakukan perkara-perkara yang saya ingin dilakukan
- Apa kata kawan sekerja, kawan, keluarga saya nanti?
- Siapa? Saya kaya? Oh. Tak mungkin
- Saya tidak fikir pun nak jadi kaya
- Orang akan kutuk saya dari belakang
- Orang akan ketawakan saya
- Saya gembira dengan keadaan saya sekarang
- Apa kata saya gagal? Saya akan kelihatan bodoh
- Ianya terlalu berisiko
- Ianya terlalu merbahaya
- Agama saya melarang mengumpul kekayaan
- Lebih baik saya buat perkara yang berfaedah seperti menonton televisyen
- Dalam dunia saya, kecemerlangan akademik adalah lebih penting daripada mengejar kekayaan.
- Tidak habis-habis bercerita mengenai wang dan kekayaan
- Berapa banyak wang yang anda mahu?
- Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan wang
- Saya lebih suka untuk melakukan kerja amal daripada mengejar wang
- Kaya sangat tidak bagus. Sederhana cukup lah
- Nanti suami saya hendak cari bini nombor dua pula
- Buat apa?! Nanti isteri dan anak-anak saya yang syok berbelanja
- Buat apa?! Saya yang berkerja keras, orang lain senang lenang
- Buat apa?! Kekayaan hanya tahan sampai generasi ketiga
- Anak-anak saya akan bertengkar mengenai harta apabila saya mati nanti
- Saya tidak mahu tanggungjawab. Cukuplah
- Saya tidak mahu menipu dan mengambil peluang atas orang lain
- Wang adalah punca segala kejahatan
- Wang tidak penting
- Tuhan tidak suka orang kaya
- Ada lebih banyak lagi perkara penting di dalam hidup selain daripada wang, anda tahu
- Kegembiraan lebih penting daripada wang. Apabila saya kaya, saya tidak gembira dan bahagia
- Kesihatan lebihpenting daripada wang. Apabila saya kaya, saya tidak ada masa menjaga kesihatan lalu sakit
- Apabila saya kaya, saya pula kena memberi. Saya tidak mahu beri apa yang saya miliki
- Buat apa?! Saya akan mati juga seperti orang lain. Harta bukan boleh bawa sampai mati
- Jika saya kaya, saya tidak bermakna untuk orang lain
- Ianya sangat susah untuk menjadi kaya di negara ini
- Saya sedang menunggu masa yang sesuai
- Peluang belum muncul lagi
- Horoskop saya menerangkan saya tidak boleh melakukan apa-apa perniagaan tahun ini
- Cikgu Feng Sui saya cakap masa sekarang tidak sesuai
- Saya serahkan segala-galanya kepada tuhan untuk memberikan kekayaan
- Saya hendak bersuka ria dahulu. Muda hanya sekali
- Saya terlalu banyak tanggungjawab untuk memikirkan hal lain
- Saya dalam kelemasan dengan banyak sangat kerja. Anda ingin membebankan saya dengan kerja?!!
- Itu kerja suami saya..
Waduh.waduhh banyaknya. Tetapi ingin, ini baru sebahagian. Kalau anda rajin anda sambung lah di ruangan komen di bawah ini. Kata ada 1001. Ada lagi 939 alasan lagi. Dan antara alasan pilihan Azizi Ali
Itulah masalah dengan dunia hari ini. Setiap orang berhabis-habisan untuk wang. Semua fikir mengenai wang, wang dan wang.
April 29th, 2008 at 9:11 am
Orang MELAYU ni cepat cemburu apabila kaum sebangsanya berjaya dan kaya raya. sedih saya melihat senario bangsa kita ni. dah la TAK MENYOKONG kejayaan dan usaha bangsa sendiri, dah tu dengki dan hasadnya dengan kaum seagama dan bangsanya nombor satu! macam-macam cara dilakukan nak menjatuhkan kita sama ada secara terang terangan atau secara halus (apa lagi, bloggers abad ke 21 la)…come on lah! sepatutnya kita kena contohi bangsa kita yang telah berjaya! berubahlah bangsaku!! (ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri)..thanx