Assalamualaikum,

Mekah

Dah lama tak update blog ni. Dah 2 minggu! Actually selama 2 minggu ni kami mengerjakan umrah. Alhamdulillah, semalam kami selamat kembali ke Malaysia. Tetapi hati masih merindui dan sedih teramat sangat meninggalkan tempat paling suci di dunia iaitu Tanah Haram Mekah. Sebenarnya dah lama kami nak ke sana, tetapi kami dahulukan menghantar ibu bapa dan mertua dahulu ke sana secara berperingkat bermula tahun lepas kerana kami berpendapat orang tua wajib didahulukan. Firstly hantar ibu dan bapa mertua dahulu mengerjakan umrah, semasa tu Najib masih di Germany, so saya sendiri struggle kumpul wang untuk menghantar ibu dan ayah mertua ke Mekah. Alhamdulillah, bila tahu mereka gembira beribadat dan selamat, hati ni cukup terubat dan tenang walaupun kena bekerja keras. Bulan 3 lepas pula saya hantar ibu dan bapa sendiri untuk menunaikan umrah. Thanks Allah, masa tu Najib dah ada di Malaysia, jadi tugas mengumpul wang jadi lebih ringan. Alhamdulillah ibu bapa saya juga selamat dan ada keinginan untuk ke Mekah lagi. So, hati lega dan seronok kerana dah menghantar ibu bapa dan mertua dahulu ke Tanah Haram Mekah.

Unfortunately, biasalah langit tak selalu cerah, ada beberapa masalah timbul yang menggoncang dan merenyuk jiwa dan raga. Tetapi saya dan Najib cried silently dan hanya mampu bersabar atas segala fitnah, dugaan dan persepsi buruk yang bukan-bukan dilemparkan kepada kami. Nak tak nak, we were standing up against all odds (sebab tu saya tulis artikel bertajuk ‘Masalah Itu Bagus’). And finally benarlah bahawa Allah Maha Pengasih lagi Penyayang, tanpa disangka, tiba giliran saya dan Najib ke Tanah Haram Mekah, kami bukan pergi berdua tetapi bertiga! Syukur yang tidak terhingga kepada Allah. Mungkin berkat worked hard demi menghantar orang tua dahulu ke Tanah Suci dan kesabaran tahap optimum menghadapi dugaan kami diberikan rezeki ini.

Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W., maksudnya:

“Ikutilah antara haji dengan umrah kerana keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa daripada kamu sebagaimana api menghilangkan sisa-sisa yang tidak diperlukan daripada besi dan emas dan perak”

Hadis ini menunjukkan bahawa kepentingan ibadah haji dan umrah untuk menjana keberkatan dan pertambahan rezeki. So, jangan ragu-ragu lagi kepada sesiapa yang berkemampuan tunaikanlah umrah dan haji. Fakta ni saya baca dalam buku karangan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Semoga ada rezeki lagi menjadi tetamu Allah, amin.

p/s: The magic is there. Experience it yourself!