Wed 13 Feb 2008
Hasil dari pembacaan saya dari buku The Present : The Secret to Enjoying Your Work And Life, Now!, Spencer Johnson, walaupun tidak sepenuhnya habis, terdapat 3 nilai penting yang patut kita serapkan di dalam hidup kita.
Perkara yang lalu jadikan sebagai sempadan – Belajarlah sesuatu yang bernilai daripada perkara yang berlaku di dalam diri anda. Anda tidak harus membiarkan sesuatu perkara berlalu tanpa ada sebarang penilaian.
Hari ini lebih baik daripada semalam – Fokus pada kekuatan diri anda pada hari ini. Cuba buktikan diri anda lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. Jadikan anda yang semalam sebagai lawan kerana diri anda sahaja boleh meningkatkan kebolehan diri anda.
Rancang masa hadapan – Jika anda ingin kehidupan yang selesa di masa hadapan, mula merancang pada hari ini. Jangan tunggu esok hari kerana anda tidak akan tahu apa yang berlaku pada hari esok dan seterusnya. Setelah membuat perancangan, cuba sedaya upaya untuk mengikuti rancangan yang anda telah lakukan.