Salam semua! Indah sungguh pagi Isnin yang hening ini. Mendung berarak, sejuk-sejuk. Tetapi apa pun, apa cuaca sekali pun, saya sungguh ANTUSIAS sekali! Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat dari rakan-rakan PBS saya di Istana Budaya, walaupun sibuk dengan urusan perniagaan. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi sayang sekali, terpaksa mengundurkan diri lebih awal sebab mempunyai Preview Business Opportunity di Pahang jam 2.00 petang. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan PBS menjadikan saya lebih bersemangat! Kerana apa? Sebab saya berjumpa dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif!

Ini amaran saya kepada sesiapa yang ingin berjaya: JANGAN BERGAUL DENGAN ORANG NEGATIF! Biarkan golongan ini membuat persatuan sendiri dan biarkan mereka dengan cas-cas negatifnya. Kadang-kadang saya gelarkan golongan ini sebagai LOSER! Mungkin gelaran itu terlalu kasar tetapi itu yang sepatutnya. Saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung dan terlalu sensatif di sini. Jadi sesiapa yang tak sedar lagi, simbah muka anda dengan air sejukĀ  dan ikut saya di dunia yang realiti ini.

Banyak sangat loser di semua tempat, tak kira anda buat apa sekali pun, anda tetap akan berjumpa dengan loser-loser ini. Orang yang selalu bersungut, merungut, mengeluh, menyalahkan orang lain, iri hati dan mengalah apabila baru beberapa minggu mencuba. Yang paling seronok, mereka akan selalu cakap, ‘Program ini tak betullah. Bisnes ini tipu la. MLM ini scam la.’ dan macam-macam.

Secara statistik dan pengalaman sayalah, setalah hampir 3 tahun saya menceburi bidang perniagaan ini, hanya 5 – 10% orang sahaja yang mampu menjana 90% atau lebih pendapatan. Jadi, jika anda bergaul atau selalu lepak-lepak dengan 90 – 95% yang lain, anda juga satu hari jadi ’serpihan-serpihan’.

Jadi, mula dari saat ini, bergaulah dengan orang yang berfikiran positif, para-para jutawan, pemimpin-pemimpin yang hebat dan bakal usahawan yang terbilang, cemerlang dan gemilang! Ingat, pendapatan anda adalah purata pendapatan 6 orang kawan anda. Jadi, jika anda berkawan dengan 6 orang jutawan.. Sudah pasti anda akan menjadi jutawan. Bagaimana untuk berkawan dengan 6 orang jutawan?

Let the losers mingle with the other losers. You’re better than that.