Sibuk mengemas pejabat, terjumpa satu handout dari Billi Lim, penulis buku Dare To Fail, yang diperoleh sewatu menghadiri seminarnya. Sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama dengan pembaca blog ini.

Bila segalanya menjadi salah, sebagaimana yang selalu ditelagah.
Bila jalan yang diredah, bagaikan tinggi sebelah.
Bila pendapatan begitu rendah, dan hutang makin bertambah
Anda ingin tersenyum tabah terpaksa merenung lelah

 

Bila pemeliharaan menekan dengan tak sudah, hidup ini menjadi terlalu susah.
Jika perlu, berehatlah.. tetapi jangan anda mengalah.
Hidup ini aneh bagai putaran dan belitan,
sebagaimana setiap orang mendapat pengajaran.
Ramai pula teman terumbang-ambing tanpa haluan,
bila kemungkinan ia berjaya, lalu tersekat hingga terkilan.

 

Jangan putus asa, lambatnya giliran,
kerana anda akan berjaya dengan satu lagi kesempatan.
Selalunya arah tujuan terlalu dekat,
kepada yang lemah dan yang tergugat.
Selalunya yang berusaha, berhenti sekerat,
bila piala kemenangan ia patut rembat.
Dan malam menjelang, dipelajarinya lambat,
betapa hampirnya mahkota berkilat.
Kejayaan adalah kegagalan yang dipusing-pusingkan,
warna perak dari awan yang meragukan.
Dan tak dapat anda teka betapa berhampiran,
Ia mungkin dekat bila jauh dilihatkan.
Jadi teruskanlah perjuangan,
Walau bertambah buruk,
Jangan anda mengalah dan dikalahkan.