Mon 8 Jun 2009
Sebelum matlamat anda menjelma disebalik kain yang akan disingkap oleh anda (macam magician la katakan), anda perlu pastikan anda sudah bersedia untuk mengharungi segala pancaroba yang bakal berlaku. Sesuatu yang indah untuk masa hadapan mesti mempunyai sesuatu yang perlu anda korbankan untuk ketika ini. Jadi buat ketika ini anda berikan 110% komitmen dan usaha anda untuk mencapai matlamat anda yang dihajati.
Tiada jalan mudah untuk berjaya dan tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Korbankan masa, tenaga dan wang anda setimpal dengan matlamat anda! Jika ada masalah, jangan berundur! Hadapi masalah dengan tenang dan cuba selesaikan masalah. Apabila banyak masalah yang anda selesaikan, anda makin mahir dalam apa yang anda lakukan dan anda makin berpengalaman. Jangan sesekali berputus asa.
Making your mark on the world is hard. If it were easy, everybody would do it. But it’s not. It takes patience, it takes commitment, and it comes with plenty of failure along the way. The real test is not whether you avoid this failure, because you won’t. it’s whether you let it harden or shame you into inaction, or whether you learn from it; whether you choose to persevere.
Apa yang pelik di dunia ini.. ramai yang berjaya adalah mereka yang telah menempuhi pelbagai dugaan, kegagalan dan kesusahan.
June 17th, 2009 at 4:37 pm
apa pendapat penulis kalau kita buat something yang extraordinary macam rajin belajar, rajin bertanya, rajin kerja, tapi orang kata kita sengaja nak menunjuk dan berangan saja lebih. pening la nak hadapi orang macam ni.apa pendapat?