Saya ada tonton satu rancangan bertajuk Kemiskinan Bukan Penghalang di TV1. Sekali baca, saya rasa tajuk rancangan ni tergantung. Maksud saya, kemiskinan bukan penghalang dot dot dot (penghalang apa? penghalang kejayaan ke, penghalang belajar ke dll). Saya tonton dengan teliti rancangan tu. Akhirnya, pembaca skrip ada sebut ‘Kemiskinan bukan penghalang meneruskan kehidupan’.

Cuba anda baca teliti betul-betul ye, pernahkan kemiskinan menghalang sesiapa meneruskan kehidupan? Sebenarnya sama ada kita kaya mahupun miskin, kita tak akan dihalang oleh Ilahi untuk terus HIDUP. Bezanya, kita akan meneruskan kehidupan dengan cara yang elok atau sebaliknya. Contohnya kalau kita miskin, kita kena melalui juga hidup kita yang tak seberapa selesa. Betul tak? Selesa atau tak, kais pagi makan pagi atau tak, sengkek atau tak, malas atau tak, kita tetap kena bergerak dan bernafas di atas muka bumi ini. Atau dengan erti kata lain, teruskan juga hidup walaupun kita ni sengkek, menyusahkan orang dan sebagainya. Saya berpendapat, seharusnya ayat tadi berbunyi ‘Kemiskinan bukan penghalang kejayaan’. Ya kawan-kawan, kemiskinan bukan penghalang kejayaan, kegemilangan, kemasyhuran etc. Ingat, saya ada banyak kali jumpa orang yang agak skeptikal tentang kekayaan berkata, buat apa saya jadi kaya, saya hidup biasa-biasa aje pun dapat hidup dengan ok. Nanti kalau jadi kaya, saya jadi jahat. Fuh, orang macam ini ialah parasit kerana prinsip hidupnya ialah jadi MALAS! Kedua, awak belum kaya pun awak memang dah jadi jahat. Iaitu jahat sangka terhadap diri sendiri. Yelah, awak kata awak akan jadi jahat bila kaya. Tergamaknya awak!

Jadi, jangan risau sangat jika kita tak berapa ada wang, tak cukup makan, tak berapa hensem, tak berapa comel, gagap, gugup, cekeding, gemuk gedempol, tak berapa pandai dan apa-apa sahaja jenis kekurangan. Yang penting awak mesti kena pandai BERFIKIR, bila awak selalu dan pandai BERFIKIR dan KREATIF menyelesaikan masalah, ada ilmu survival (ilmu untuk hidup), INSYAALLAH awak akan dihormati, awak akan jadi hensem, jadi comel, jadi idola, jadi inspirasi dan jadi KAYA RAYA. Bukan apa, saya cuma nak bagi semangat kepada orang-orang yang dah lemah semangat dek kerana miskin, tak berapa hensem, tak berapa comel, tak lancar bercakap. Bagi semangat! Yang penting gunakan AKAL untuk BERFIKIR! Jangan banyak komplen sahaja, tapi satu titik usaha pun tak buat. Macam-macam alasan, tapi mengharapkan wang datang bergolek. Tak kira lah awak cukup makan atau tak, banyak duit atau tak, mewarisi harta berbilion atau tak, makan makanan berkhasiat atau tak, jelita/hensem atau hodoh, ada kelulusan akademik atau tak TETAPI awak tetap akan GAGAL kalau banyak sangat ALASAN!

p/s: benda paling mudah diucapkan oleh manusia ialah ALASAN, ALASAN & ALASAN – Dr Juhari

p/s: agak-agak rasa macam RASA MALAS menyelubungi diri, malas nak belajar, malas nak kerja, malas nak berusaha, cuba baca buku Catatan Hati Nik Nur Madihah (pelajar yang keluarganya miskin tetapi dia dapat 20A exam SPM), ada quote berbunyi: Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW, Janganlah anda mengalah wahai teman! Kemiskinan bukanlah satu halangan mengucup kejayaan dunia akhirat!