Wed 2 Dec 2009
Kenali Potensi Diri Anda Dengan WEALTH DYNAMICS PROFILE TEST
Posted by Najib Mohamed under Motivasi , PerniagaanNo Comments
Saya percaya ramai di antara anda ingin menjadi usahawan. Kadang-kadang orang yang tiada apa-apa latar belakang perniagaan pun, ingin menceburi bidang ini. Maklumlah, 9 daripada 10 pintu rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Jadi, ramailah yang membaca buku mengenai usahawan-usahawan yang berjaya. Ada yang khusyuk mentelaah buku Donald Trump untuk mempelajari bagaimana untuk menjadi jutawan. Selepas habis buku Donald Trump, beli pula buku Robert Kiyosaki dan kemudian, belajar pula cara untuk melabur dengan Warren Buffet serta akhir sekali baca buku Bill Gates sebab ingin mempelajari bagaimana boleh kaya-raya sedangkan dia disingkir dari universiti. Tetapi, makin banyak buku yang anda baca, makin keliru anda jadinya. Mana satu strategi anda hendak ikut? Kadang kala strategi mereka berlainan, ada yang radikal dan ada yang tunggu dan lihat. Jika anda melakukan kesemuanya strategi mereka, kemungkinan anda gagal. Kenapa?
Perkara paling asas sebelum anda menceburi bidang keusahawanan ini adalah dengan KENALI POTENSI ANDA sendiri. Jika anda sendiri tidak mengenal diri anda sendiri, apatah lagi orang lain. Jadi, soalan yang paling asas yang perlu anda tanya pada diri anda ialah “Apakah jalan ataupun strategi yang sesuai bagi saya? Dan Bagaimana saya mengetahuinya?”
Saya mengetahui profil diri saya apabila saya menyertai Peopleprenuer Business School. Peopleprenuer merupakan satu platform yang berkesan dan berdaya saing bagi meningkatkan pertumbuhan usahawan, membantu aktiviti inovasi serta membina jaringan usahawan yang berkesan. Jadi, untuk membina jaringan yang berkesan, setiap ahli mestilah mengetahui profil diri masing-masing dan tahu dengan siapa patut mereka berkerjasama. Salah satu cara untuk mengetahui profil diri dalam bidang usahawan ialah dengan menggunakan Wealth Dynamics Profile Test yang dicipta oleh Roger Hamilton.
Roger Hamilton ialah pereka sistem Wealth Dynamics Profile Test dan merupakan Pengasas dan Pengerusi XL Nation Foundation – Rangkaian Usahawan yang terbesar di Asia. Sekarang ini XL telah berada di 13 negara dan sedang merebak ke serata dunia.
Sistem profil diri ini adalah asas bagi dua prinsip turun-temurun iaitu Arus Tekanan Kehidupan (yang dipanggil Qi, Ch’i atau Ki) dan I Ching. Dua prinsip ini digabungkan dengan teknologi moden dan pendekatan social masa kini, maka terhasilah satu formula yang tiada tolok bandingnya.
>> Klik Di sini untuk Ambil WEALTH DYNAMICS PROFILE TEST <<
Apa yang saya dapati daripada ujian ini…
Saya telah mengambil ujian ini dan amat terkejut dengan keputusannya – ia amat berketepatan dengan profil diri saya – saya adalah seorang yang mempunyai profil CREATOR seperti Bill Gates atau Richard Branson. Dan isteri saya, Ain adalah seorang yang mempunyai profil LORD.
Walaubagaimanapun, sistem profil diri ini mempunyai kegunaan yang pelbagai bukan setakat mengenali profil diri seseorang bahkan dengan siapa patut kita bekerjasama. Setiap perniagaan semestinya mempunyai kesemua asas yang diperlukan untuk menjana kekayaan yang maksimum. Contohnya, di dalam sebuah pasukan bola sepak, permainan tidak dapat dijalankan dengan sempurna jika kesemua pemain hanya pandai pada satu posisi yang sama, dan meninggalkan posisi lain tanpa dijaga. Sudah tentu, peluang untuk menang bagi pasukan tersebut amat tipis.
Jadi, setelah mengetahui keputusan ujian tersebut, saya boleh mengetahui dengan pantas jawatan atau posisi yang diperlukan di dalam kumpulan saya. Jadi.. ambil ujian ini, dan jika anda seorang yang mempunyai profil DEAL MAKER atau ACCUMULATOR, boleh jumpa saya :)
>> Klik Di sini untuk Ambil WEALTH DYNAMICS PROFILE TEST <<


