10 Ramadhan 1428 H

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah dah 10 hari umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa. Pejam celik pejam celik ada lebih kurang 20 hari lagi nak beraya. Setiap kali Ramadhan, saya akan teringat macam-macam kisah sepanjang Ramadhan yang lalu. Bukan merujuk kepada masa bulan Ramdhan dan Syawal sahaja, tetapi merujuk kepada sepanjang tahun. Kesemua kenangan-kenangan ini akan saya imbas semula secara automatik semasa solat terawikh dan setiap kali tu lah saya rasa betapa besarnya kuasa Allah.

Banyak bezanya antara Ramadhan kali ini dan Ramadhan yang lalu. Paling remeh nak diingat adalah juadah semasa berbuka puasa antara tahun ini dan tahun lepas. Tahun lepas, memang sangat-sangat berjimat. Beli nasi semasa berbuka, saya akan bahagi dua yang mana lagi setengah disimpan untuk bersahur. Ini termasuklah lauknya sekali. Kalau kena charge RM5 untuk nasi dan lauk pauk tu memang dah rasa mahal sangatlah! Takdanya nak merasa kuih-muih atau pengat. Masa tu memang susah, duit sangat terhad. Masa tu saya berusia 23 tahun dan merupakan pelajar tahun 2 Doktor Falsafah di sebuah IPTA. Elaun bulanan tak cukup nak bayar kesemua keperluan diri. Itu pun nasib baik tinggal di asrama (lebih jimat dan boleh berhutang yuran kampus). Perit lah masa tu. Tahun sebelumnya pun sama jugalah. Seingat saya, hidup senang sikit masa jadi pelajar Sarjana Muda (2002-2005) sebab dapat elaun JPA. Yuran pelajaran dan tempat tinggal dah siap dibayar. Duit yang baki tu bolehlah digunakan beli buku, makanan dan keperluan diri.

Tapi bila mula nak buat Ijazah Lanjutan pada pertengahan 2005 memang perit. Itu pun dah dapat elaun penyelia projek bagi. Kalau tidak, memang tak sambung ambil Ijazah Lanjutan. Masa tu saya kerja di kedai roti (ucapan jutaan terima kasih pada abang Zam, taukeh kedai roti yang sangat-sangat baik hati). Pagi-pagi selewat-lewatnya 7.45 pagi dah naik bas untuk ke kedai roti sebab mula kerja jam 8 pagi. Sampai sahaja terus sambar apron dan buatlah kerja-kerja yang memanglah penat ye tak. Sebab kedai roti Abang Zam ni sibuk macam fast food restaurant. Dapatlah RM2.50 sejam. Kerja sampai tengahari jam 12. Lepas tu cepat-cepat pergi ke Fakulti masuk makmal dan buat tugasan macam biasa. Begitulah sehari-hari, sampai jadi glamour lah junior-junior tahu saya kerja di kedai roti. Tapi tak kurang juga yang memandang sinis. Takpelah.

Begitulah manusia, apabila keadaan terdesak, kita mampu buat apa sahaja walaupun pada awalnya macam-macam perasaan bercampur baur (malu, segan, malas dan sebagainya). Macam tu lah saya masa tu. Saya tak pedulikan apa orang nak kata asalkan saya boleh survive tanpa menyusahkan orang lain. Ye tak? Semasa zaman ‘kegawatan’ dalam hidup saya ini, saya selalu terfikir bagaimana saya nak ubah nasib saya supaya menjadi lebih baik? Saya betul-betul tiada idea macam mana nak bermula. Tapi saya teruskan usaha mana yang mampu di samping saya panjatkan doa pada Allah supaya dimurahkan rezeki setiap masa. Banyak lagi kisah-kisah lalu yang boleh meleleh air mata kalau kenangkan, basically adalah kerana wang. Yelah zaman sekarang, wang bukan segala-galanya tetapi segalanya memerlukan wang. Ye tak?

Ramadhan tahun ni alhamdulillah rezeki saya agak murah. Berbeza sangatlah dengan apa yang berlaku pada Ramadhan yang sudah. Kesyukuran yang terhingga pada Allah kerana dalam tahun ini perniagaan sampingan yang saya jalankan (di samping masih full time sebagai PhD student) membuahkan pendapatan yang tak pernah saya mimpikan hingga mencecah 5 angka sebulan. (jangan salah sangka ya, ni bukan bisnes skim cepat kaya atau pelaburan internet atau mana-mana yang sekategori dengannya – Ni perniagaan yang halal dengan jelas sekali). Apa yang saya perolehi ini, saya akan kongsikan dengan orang di sekeliling saya terutamnya ahli keluarga saya yang sememangnya bukan orang senang. Cita-cita saya yang paling kuat adalah nak hantar ibu bapa saya dan bakal mertua saya menunaikan haji dan umrah sementara mereka masih sihat. Mudah-mudahan cita-cita saya ni tercapai. Amin!

“ Berniagalah walau hanya menjual sebatang pen……….”

p/s: Nak tahu apa perniagaan yang saya jalankan dan bagaimana ia boleh berjaya? tunggu kisah seterusnya! Wassalam……

By:

SITI NURUL AIN MD JAMIL.

After Terawikh time……..