Wed 1 Aug 2007
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai ketakutan. Semua orang ada sifat ini, segagah mana orang tu mesti dia takut. Macam gajah, takut dengan tikus , eik .. btl ke gajah takut dengan tikus? Bukan pasal gajah yang saya nak tulis, tapi pasal manusia. Kenapa kita boleh jadi takut?
Kita bukannya semula jadi takut. Kita dilahirkan di dunia ini sebagai pahlawan. Kita lahir dengan kekuatan. Ditugaskan oleh tuhan sebagai khalifah dan penjaga alam yang diberi sementara. Sebelum kejadian kita lagi, kita sudah jadi pahlawan, mengalahkan ‘adik-adik’ yang kerana kita yang terpantas dan terkuat untuk persenyawaan ovum. Hingga kini lahirlah kita, seorang manusia yang mempunyai perasaan takut. Rangsangan yang diterima buat kita takut dengan sesuatu benda. Ketakutan kita sebenarnya dipengaruhi oleh 4 perkara :
- Persekitaran
- Apa rangsangan yang diterima sewaktu kita kecil
- Pengalaman yang kita hadapi
- Cara pendidikan yang kita depani
Sebagai contoh, masa saya kecil, saya amat takutkan moskot Mc Donald. Ala badut tuh. Sebab apa saya takut, dari dalam buaian lagi, mak saya cakap orang badut tuh akan datang ambil saya kalo saya tidak tidur tengahari. Dah la muka conteng-conteng, mulut besar merah, rambut pulak merah mengebang pulak tu. Mana tak budak kecil umur 2 setengah tahun tuh takut dengan die. Jadi setiap tengahari saya akan tidur sebab takut. Sampai tergigau-ngigau pula tu pasal badut Mc Donald tu. Kalau lalu tepi restoran Mc Donald, sudah semestinya berselindung belakang mak, sebaik yang kat Mc Donald cuma patung sahaja. Tak pernah terserempak dengan real punya. Sebab tu kalau nak makan fast food, satu family tak pergi kat McD, pergi KFC je la. Lama juga nak OK. Rasenya ketakutan itu hilang selepas tingkatan satu. Sebab ramai kawan saya sukakan Mc Donald. Keluar ‘outing’ je, lepak and makan kat Mc Donald. Takkan la nak lari pulak. Malu la beb.. Tak macho. Dah la 13 tahun, takkan takut dengan badut Mc Donald. Lepas tuh buat selamber je. Makan sembang-sembang. Ok je, takde pulak badut McD nak datang culik ;) sehingga sekarang saya dah ok. Boleh je makan kat McD.
Cukup lah cerita saya, malu pula saya, buka tembelang sendiri. Tetapi tiada apa, untuk pengajaran semua. Moral daripada kisah saya, ketakutan saya adalah daripada rangsangan diterima pada waktu kecil dan saya dapat betulkan persepsi ketakutan saya setelah saya mempunyai kawan-kawan yang menyukai McD. Orang yang mengubah persepsi ketakutan saya ialah kawan saya. Sebab itulah, jikalau kita tidak betulkan persepsi ketakutan kita, kita akan mengalami ketakutan tersebut sampai la ketua. Sebaik saya tidak lagi takut jumpe badut McD walaupun live. :)
Jadi, perkara yang boleh mengubah ketakutan kita ialah orang luar, persekitaran, sahabat dan suasana.
Hebat! Sebenarnya kita seorang yang hebat. Yang menjadikan kita tidak hebat adalah persekitaran luaran. Sebagai contoh dialog di bawah ini.
Abu, Kau nak meniaga? Meniaga apa? Kau pandai ke meniaga ini? Ala, nak bercakap pun tergagap-gagap. MLM? Tak payah la kau abiskan duit masuk MLM. Habuk pun tak dak. Entah-entah kau orang yang keberape juta, tah. Tak Usah lah.
Siapa yang buat kita hilang semangat? Sekali lagi persekitaran luaran. Sebenarnya kita berani, tetapi rangsangan luar membuatkan kita berfikir dua tiga kali dan sehingga menimbulkan rasa takut.
Oleh sebab itu, pilihlah kawan yang elok, baik. Dia sebenarnya yang menjadikan kita OK ke KO. Sebab dialah yang paling hampir dengan kita lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang duduk berjauhan dengan keluarga, baik di dalam negara mahupun perantau.