Assalamualaikum semua, nampaknya sudah lama tidak meng’update‘kan blog ini. Rasa lain macam pula :) Maklumlah kami berdua sibuk dengan urusan harian masing-masing. Sibuk dengan kerja. Ain pula sibuk dengan menulis journal untuk thesis dan menguruskan perniagaan. Namun begitu, kami akan berusaha menulis artikel jika ada waktu terluang. Tetapi, kepada anda yang ada mempunyai buah fikiran atau artikel untuk kita kongsi bersama, boleh kirimkan kepada kami di admin[at]perfectexcel.com. Kami amat mengalu-alukan artikel dari anda. Mungkin artikel tersebut adalah datang dari pengalaman anda dalam dunia perniagaan atau sebagainya. Tetapi topik tidak lari dari perniagaan, pelaburan dan motivasi.

Hehehe.. cukup sudah. Berkaitan dengan tajuk artikel hari ini. Nampak macam topik gembira. Tetapi gembira sewaktu berkerja. Uh! Banyak orang cakap, mana ada seronok sewaktu berkerja. Hehe.. Sebenarnya ada. Sebagai contoh, jika anda seorang penjual ubat, tetapi anda tidak seronok, bagaimana pula yang akan terjadi? Jika anda monyok, murung, agak-agak ada orang hendak datang untuk membeli ubat dengan anda? Sudah tentunya tidak.

Kenapa kita tidak seronok berkerja? Anda perlu tahu, jika kita seronok berkerja, badan kita akan terasa sihat, muka kita akan bertambah berseri, kerja dengan lebih produktif, otak kita bertambah kreatif, lebih banyak kawan dan kita punya aura pun lebih besar. Kita mempunyai tiga lapisan aura, lapisan pertama ialah aura kesihatan, lapisan kedua ialah aura keceriaan, dan aura terakhir ialah keimanan. Jadi aura-aura ini makin tebal jika kita ceria, kita juga akan lebih bahagia dan secara umumnya akan lebih positif.

Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang seronok apabila pergi ke tempat kerja? Mungkin apabila anda bertanya kepada seorang jutawan sekalipun, mesti mereka beranggapan mana ada keseronokan di tempat kerja. Apabila berada di tempat kerja, kita mesti berkeja, dan kerja bukan main-main; itu tanggapan mereka. Tetapi saya penah terdengar ada pepatah yang mengatakan:

Orang yang mendapat suatu kerja yang seronok. Dia tidak perlu berkerja sepanjang hayat.

Orang yang berasa seronok sewaktu berkerja, dia tidak perlu berkerja sepanjang hayat. Sebabnya kerja yang dibuatnya macam main-main, dia seronok sangat melakukannya. Anda pula bagaimana?

Kenapa anda tidak seronok sewaktu berkerja?
a) anda tidak tahu keperluan untuk berseronok
b) kemungkinan anda kurang berdoa kepada tuhan untuk memberikan anda keseronokan sewaktu berkerja
c) mengikut mood
d) terbawa-bawa masalah peribadi
e) badan dan mental tidak sihat
f) macam-macam lagi.

Tips untuk seronok bekerja
a) Relaks, jangan terlalu serius
b) Jadikan kerja sebagai satu permainan.
c) Ketawalah, ianya adalah pengikat kemesraan bersama. Ketawa penawar duka. Ketawa untuk menghilangkan tekanan.
d) Bantulah orang lain, kita pasti akan berasa seronok
e) Apabila kita seronok, kita akan menyeronokkan orang lain

Setiap orang akan mencapai kejayaan dalam hal apa sahaja, asalkan ia amat menyukai pekerjaan yang dilakukan