Luaskan Rezeki Anda

Assalamualaikum,

Nabi Muhammad s.a.w. ada menyebut dalam hadis yang bermaksud:

Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela. (Riwayat Naim bin Abdur Rahman dan Yahya Bin Jabir).

Baiklah, saya yakin anda pernah baca hadis tersebut. Bagaimana dengan kita hari ini? Lebih baik atau sebaliknya? Sama juga, Sayidina Abu Bakar al-Siddiq sentiasa berkata sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikatakannya pada hari sebelumnya. Jadi, percakapan seharian kita biarlah yang berfaedah dan memberi kebaikan kepada yang mendengarnya. Termasuklah apa yang kita tulis sama ada dalam blog ke, sms ke, email ke, diari ke etc. Biarlah yang membawa menfaat, bukan fitnah, mengutuk, mengata dan yang bukan-bukan. Alahai, buang masa la kalau tulis dan komen yang bukan-bukan. Membazir masa awak sahaja. Berdosa pula tu. Ops, tapi apa yang saya tulis selama ini dalam blog kepunyaan saya sendiri ini, tak pernah memfitnah atau teori semata-mata. Ingat, apa yang saya tulis adalah berdasarkan PENGALAMAN SEBENAR dan tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Bukan OMONG KOSONG atau TEORI SEMATA-MATA. Realitinya, saya kurang bercakap tak tentu fasal, tapi saya ada idea bersama tindakan. Saya kurang gemar orang yang cakap dan komen banyak dan entah apa-apa tetapi tak ada faedah apa-apa pun bila saya dengar atau baca. Saya taipkan kisah-kisah di blog untuk berkongsi dengan yang sudi membaca. Mungkin boleh dijadikan pengajaran dan panduan. Itulah tujuan saya. Kerana Allah. Kerana agama Islam, kerana orang Melayu, sebab tu blog ni dalam Bahasa Melayu.

Tolong lah jangan bandingkan bangsa kita dengan bangsa lain macam bangsa Cina dsb. Ya, ya bangsa Cina rajin, kaya dan macam-macam lagi pujian untuk mereka. Eh, saya bukan anti bangsa Cina lah, TETAPI bangsa kita apa kurangnya, ramai yang berjaya jadi jutawan macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Hamdan Mohamad, Tan Sri Rozali Ismail, ada yang jadi motivator terkenal, chef terkenal di arena antarbangsa macam Chef Wan dan Chef Azza dan berjaya sampai ke angkasa lepas macam Dr Sheikh Muszaphar Shukor! Lihat, mereka dah jutawan, dah terkenal, banyak manfaat, jadi idola, jadi inspirasi, awak pulak? Apa sumbangan anda kepada manusia lain? Ha, fikir-fikirkanlah. Kalau ada sumbangan anda, TAHNIAH, TAHNIAH dan TAHNIAH. Marilah, yakin dengan bangsa kita sendiri, kalau bukan orang Melayu siapa lagi nak puji bangsa Melayu ni.

Apa, bangsa melayu malas? Miskin? Jangan salahkan bangsa, jangan salahkan keturunan, jangan salahkan agama! Mari lihat apa PUNCA SEMPIT PINTU REZEKI. Ini adalah faktor-faktor yang disenaraikan oleh Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah sebagai panduan kita:

1. meninggalkan solat
2. derhaka kepada Allah s.w.t.
3. derhaka kepada ibu bapa
4. membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Tuhan
5. memutuskan hubungan kekeluargaan
6. enggan bayar zakat
7. enggan bayar hutang
8. melakukan zina, homoseksual, lesbian
9. makan harta riba
10. makan harta anak yatim
11. hati kotor
12. sering berdusta
13. memberi dan menerima rasuah
14. riyak (menunjuk-nunjuk)
15. rahsiakan ilmu dari orang lain
16. khianat terhadap orang lain
17. ungkit-ungkit pemberian
18. suka selidik rahsia orang
19. sebar fitnah
20. cuai ketika buang air kecil seperti kencing berdiri atau tidak istibra’
21. kurang berdoa

Jadi bagaimana? Cuba diam sekejap dan kaji faktor-faktor di atas, ada tak pada diri kita? Mudah-mudahan anda bukan dalam kategori 1 hingga 21 tu. Muhasabah lah diri setiap hari dan perbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik berbanding semalam dan terbuka luas pintu rezeki kita Insyaallah. Jangan salahkan orang kalau rezeki sempit. Jangan salahkan pemerintah kalau susah nak bisnes. Jangan asyik bercakap dan merungut tetapi tiada tindakan. Jangan biasakan suka condemn orang, nanti terkena diri sendiri. Orang lain jadi hero, awak yang zero. Walau apapun, saya dah kongsikan dalam tulisan ini, semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian.

Pin It

One thought on “Luaskan Rezeki Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>