Wed 23 Apr 2008
Pernah tak kita rasa begitu sukar nak memberi kemaafan? Yang paling menyedihkan apabila kemaafan itu sekadar lahir di bibir sahaja. Hakikatnya, jauh di sudut hati, masih tersimpan seribu satu rasa yang mencengkam jiwa.
Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah ada menyenaraikan 6 perkara yang akan kita perolehi dengan memberikan kemaafan. Apa kata mulai hari ini, apabila kita berhadapan dengan situasi sukar memaafkan, cuba cakap 6 perkara tersebut pada diri kita, iaitu:
Saya akan memberi kemaafan kerana dapat mencucikan hati saya.
Saya akan memberi kemaafan supaya fikiran saya tenang.
Saya akan memberi kemaafan, semoga semua penyakit saya akan sembuh.
Saya akan memberi kemaafan, nanti mesti wajah saya nampak menawan dan ceria!!(^_^)
Moga moga dengan memberikan kemaafan doa saya akan dimakbulkan.
Semoga dengan memberikan kemaafan saya mendapat hidayah daripada Allah.
Sudahkah anda memberikan kemaafan hari ini?
Salam ceria dan kasih sayang.
JuliaNa.
April 23rd, 2008 at 11:24 am
Senang nk ckp @ baca, tapi nk ikhlaskannya , susah sgt…moga2 Allah permudahkan….
April 23rd, 2008 at 3:51 pm
Itu la sebabnya ilmu ikhlas ni susah sangat orang nak ada, walau semana baiknya orang. Saya teringat satu cerita indonesia, dunia hampir kiamat, menyuruh sape2 yang ingin berkahwin dengan anak perempuannya, mendalami ilmu ikhlas. Last2 orang rockers yang dpt kahwin. (eh, mcm merepek je aku nih)
April 23rd, 2008 at 4:58 pm
ha a la cite tu kelakar,patutla dia srh mdlami ilmu ikhlaskan???saya dihina saudara sendiri sebab ada anak autisme, alhamdulillah….setiap mlm sblm tido saya cuba ikhlaskn diri utk maafkan org tu, tp setakat ni blm lagi….hmmmm
May 5th, 2008 at 2:38 pm
Salam Puan Ima, semoga ALLAH memudahkan Puan Ima untuk memaafkan saudara Puan Ima itu. Hanya orang kuat mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri. Bak kata Mahatma Gandhi, "The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”