Mendoakan orang lain

solat-dan-doa.JPG

Dalam sehari, berapa banyakkah kita berdoa? Berapa banyakkah pula kita mendoakan orang lain? Mungkin kita biasa mendoakan ibu bapa, adik beradik dan guru- guru kita. Namun pernah tak kita mendoakan orang lain?Tentu kita biasa mendengar kata- kata yang berbunyi, semakin banyak kita memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Boleh jadi apa yang kita terima itu mungkin dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda. Inilah Hukum Alam, dan hukum ini tak pernah silap.Anthony Robbins pernah berkata, rahsia kejayaan diri sendiri adalah dengan memfokus pada kejayaan orang lain dulu. Buktinya, Anthony Robbins berjaya menjadi motivator paling dikenali serata dunia kerana dia murah hati membimbing kejayaan orang lain dan membuat sesiapa saja merasa dekat dengannya, mendoakan kejayaan mereka walaupun pertama kali berjumpa dengan dirinya.

Apa kata mulai hari ini, sama-sama kita latih diri kita mendoakan orang lain, sesiapa sahaja yang kita kenali. Tak kisah sama ada doa itu tentang kejayaannya, kesejahteraannya, keselamatannya atau kesihatannya. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat. Lakukannyalah dengan penuh keikhlasan.

Buat pembaca blog ini, saya mendoakan semoga anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan. Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat anda semua.

Salam ceria dan kasih sayang,

JuliaNa
http://mayuli.wordpress.com

Pin It

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>