Perniagaan dan bersedekah? Adakah kedua-duannya mempunyai kaitan antara satu sama lain? Bagi saya, YA! Dan saya yakin anda yang lain pun begitu juga. Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan susulan beberapa benda yang terjadi pada diri saya sendiri sejak kebelakangan ini. Tambahan pula, Dr. Irfan Khairi ada juga menyatakan hal ini di blognya dalam topik ‘Give it Back‘.

Apabila anda bersedekah dengan sebahagian pendapatan anda dalam perniagaan mahupun pendapatan bulanan anda, anda tidak akan berkurangan wang, malah anda akan merasa kesenangan dari segi kewangan. Dalam erti kata lain, anda akan mempunyai wang mencukupi untuk hidup anda. Pernahkan anda mendengar berita, orang papa kedana kerana bersedekah? Selama saya hidup di dunia ini, belum lagi. Tapi banyak saya dengar, orang akan lebih kaya apabila bersedekah sebagai contoh orang yang paling berjasa kepada diri saya, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Syed Mokhtar yang mempunyai pelbagai jenis perniagaan dan juga mempunyai yayasan, dan ramai lagi jutawan-jutawan melayu yang lain akan mengikuti. Baru-baru ini saya membaca di blog Dr. Irfan Khairi, yang telah menubuhkan yayasannya sendiri.

Anda perlu juga ingat, bersedekah bukan hanya tertakluk kepada wang ringgit sahaja, ia merangkumi semua aspek, intelek, perbuatan dan lain-lain. Senyuman pun boleh jadi satu sedekah, jika kena pada tempatnya. Jadi, bagi sesiapa yang tidak mempunyai cukup duit untuk bersedekah, bersedekahlah dengan apa yang anda anda, jika anda ada ilmu, berkongsi dengan orang lain. Jika anda tidak berpelajaran, anda boleh sedekah dengan perbuatan, bergotong-royong dan sebagainya. Sedekahkan tenaga anda untuk kebahagian orang sekeliling kita.

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga perkara : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya”

(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Fikirkan! Bersedekahlah dengan ikhlas.