Bismillahirrahmanirrahim..

Najib dan saya ada seorang rakan bisnes di Muar. Namanya Tn Hj. Aziz. Seorang yang budiman. Isterinya pun sama. Memang jenis yang aktif bisnes. Tn Hj. Aziz dan isterinya, Puan Aisah adalah bekas guru. Tetapi sekarang Tn Hj. Aziz jdi taukeh kedai kereta. Semasa saya dan Najib jumpa Tn. Hj. Aziz buat kali pertamanya, dia ceritakanlah bagaimana dia boleh buka kedai kereta. Kisahnya melalui MLM. Dulu dia jual mineral pot dan keuntungannya memang boleh tahan, kalau tak, takkanlah boleh memiliki rumah banglo dan kedai kereta kan. Jadi, saya dan Najib ni cukup mengagumi kegigihan suami isteri ni. Bolehlah dijadikan inspirasi. Puan Aisah kata sebelum gunakan duit untuk pelbagai tujuan membeli harta, pergilah tunaikan haji atau umrah dahulu. Insyaallah makin murah rezeki tu. Ha, kan boleh dijadikan tips keberkatan perniagaan bagi orang Islam macam kita ni…

Kami tertanya-tanya juga macam mana Tn Hj. Aziz ni boleh jadi sangat hebat dalam bisnes. Daripada cerita-cerita yang beliau, nampaknya kawan-kawan beliau ni sangat ramai yang hebat-hebat. Bermula dari tukang urut VVIP, ulama, doktor, Dato’. Datin dan macam-macam lagi (artis belum lagi kot sebab dia takda cerita). Jadinya kami sangatlah berbesar hati bila Tn Hj. Aziz join menjual Jus Intra sebab beliau tertarik dengan bonus-bonus yang boleh diperolehi melalui Syarikat Lifestyles. Ha, taukeh kedai kereta pun terkejut dengan bonus Jus Intra (anda bila lagi nak join. Ni lah peluang nak membangunkan ekonomi umat Islam). Malahan ada seorang wanita ni yang merupakan taukeh emas pun join bisnes Jus Intra ni. Takpelah tu kisah lain.

Ada satu lagi tips yang diberi oleh Tn Hj. Aziz iaitu dia memang mengamalkan memakai songkok haji kerana katanya kalau pakai songkok haji ni rakan-rakan bisnes dan pelanggan yang lebih berumur lagi respect dan percaya apa yang dia syor dan kata. Wah, nak tergelak juga saya dengar cerita ni. Tetapi boleh lah dijadikan tips di samping dapat pahala jika pakai penutup kepala bagi orang lelaki. Ada pelbagai cara nak menonjolkan kreadibiliti dan gaya masing-masing dan tidak dinafikan penampilan mempengaruhi kepercayaan orang ramai kepada kita. Bolehlah dijadikan iktibar dan pedoman. Wassalam.

“Orang yang berjaya berhenti memberi alasan…..”