Bertemu lagi kita. Ya, masih lagi membincangkan perihal matlamat! Sudahkah anda lakukan 4 perkara di dalam artikel sebelum ini? Kalau belum, BUAT! Jangan tunggu lagi. Tidak kira anda buat apa, ambil pen dan kertas, catatkan matlamat anda!

bmw-x6.JPGBaik! Anda telah menulis matlamat anda dan MUNGKIN anda tergiang-ngiang dan ada suara-suara halus ditelinga anda yang mengingatkan dengan matlamat anda. Kalau begitu BAGUS! Maknanya anda benar-benar inginkan matlamat anda menjadi satu yang REALITI, tetapi pada anda mungkin MUSTAHIL!

Jadi langkah seterusnya, gambarkan matlamat anda dengan ilustrasi pula. Senang sahaja! Katakan anda ingin memiliki kereta besar jenis BWM X6, SEARCH gambarnya di internet, PRINT dan STICK di tempat yang selalu anda berada di keseluruhan masa anda dan di tempat yang memudahkan anda lihat! Sebagai contoh, jika anda suka bekerja, tampalkannya di meja kerja anda, jika anda suka bersolek, tampalkan di tengah-tengah cermin solek anda :) , jika anda suka pergi dapur (ertinya anda suka makan), tampalkannya di peti sejuk anda. Tetapi, kalau anda menghabiskan masa yang banyak untuk memandu, jangan pula tampalkan gambar matlamat anda itu di cermin hadapan kereta anda! (TEKNIK MUDAH: LETAK GAMBAR MATLAMAT ANDA DI DALAM BINGKAI GAMBAR! JADINYA SENANG ANDA BAWANYA KEMANA-MANA. MAHUPUN BERCUTI. Teknik ini saya pun belum buat.)

Jadinya, anda sudah nampak matlamat anda secara jelas tetapi masih dalam dimensi 2D. Apa yang patut anda lakukan bagi melaksanakan matlamat anda dan menjelmakan ilustrasi tersebut dalam 3D? Ikuti artikel seterusnya…