11 Ramadhan 1428 H

Bismillahirrahmanirrahim…

Saya nak sambung kisah semalam yang tajuknya “keperitan yang menjana kejayaan”. Apa ye jenis perniagaan yang saya jalankan? Ia sebenarnya Multilevel Marketing (MLM) (dah agak ye?). Dulu saya pandang serong pada MLM. Maklumlah kalau jual barang tu dipaksa-paksanya kita. Saya ada pengalaman menolak pelawaan kawan untuk dengar ceramah satu jenis MLM yang glamer sangat di kalangan mahasiswa (rahsia lah apa jenis MLM ni), akhirnya anda tahu apa yang saya dapat? Kawan ni bermusuh dengan saya. Masyaallah. Boleh pulak dia masam muka sampai lah kami grade. Alahai, kesiannya dia berfikiran cetek semacam tu ye tak. Tu mahasiswi tu, bukan orang-orang kampong yang sembang kat kedai kopi tau. Tapi takpelah, tu kisah 3 tahun lampau.

Ada lagi beberapa faktor lagi kenapa saya tak berapa berkenan dengan MLM dahulu. Saya nampak orang yang berkecimpung dalam bidang MLM ni takdelah berjaya mana pun (kebetulan kawan-kawan saya yang terlibat semuanya mengeluh sebab susah nak jual barang). Tak dinafikan ramai yang berjaya sebenarnya di luar sana. Tapi kebetulan yang saya jumpa semunya biasa-biasa sahaja. Paling mengerikan beberapa kisah orang yang join MLM, berenti kerja dalam kerajaan (kerana masyuk sangat bisnes MLM mereka kencang), akhirnya bisnes MLM lingkup sebab masalah pembayaran bonus, downlines hilang semangat dan produk yang yang dikeluarkan melebihi permintaan. Ish ish…Ngeri, ngeri….

Tetapi nak dijadikan cerita, ibu saya ada menggunakan satu jenis produk ni iaitu Jus Intra (Imported dari Canada). Maintain je dia minum setiap hari dan saya nampak wajah dia nampak muda dan ceria. Sudah 2 tahun dia minum, tetapi tak pernah lah saya berminat nak mencuba produk ni. Ibu saya ni jenis yang mementingkan kesihatan. Gelang atau cincin emas dia tak pakai, tapi dia gunakan duit untuk beli produk kesihatan. Saya ni pula ada resdung dahulu. Ibu saya sarankan saya minum Jus Intra ni sebab rasanya sedap macam jus kurma (walaupun isi kandungannya adalah 23 jenis herba terbaik di dunia!). Saya pun cuba sajalah walaupun tak yakin Jus Intra dapat atasi masalah resdung saya (sebab dah macam-macam ubat dan supplement saya ambil nak atasi resdung, tatapi semuanya gagal). Dengan izin Allah dalam seminggu saya minum Jus Intra, masalah saya tu berkurangan dan hilang. Alhamdulillah (saya rasa hanya orang yang ada resdung sahaja faham betapa gembiranya bila penyakit ini hilang).

Saya ceritakan hal ni kepada tunang saya yang berada di German (oh dia lelaki Melayu Muar Johor tetapi belajar di sana), dan dengan tidak semena-mena Najib cadangkan saya bisnes Jus Intra ni. ISH! Terkejut saya! Ada ke dia nak suruh saya jual Jus Intra ni. Malu lah saya nak jual barang. Oh, mungkin tidak. (sambil menggelengkan kepala). Termenung saya malam tu memikirkan cadangan Najib. Saya ambil keputusan mempertimbangkan cadangan Najib tetapi saya nak siasat lebih lanjut tentang produk ni. Dipendekkan cerita, saya hubungi rakan ibu saya yang jual Jus Intra ni dan saya hadiri ceramah Jus Intra di Hotel Allson Kelana Seremban (sekarang sudah ditukar di Danau Golf Club Bangi). Masa tu saya datang bersana junior namanya Yati. Yang harunya sampai ke sana Yati ni tidur di surau. Hish, kita ni nak ajak dia teman, dia lari pulak.

Semasa hadiri ceramah oleh Tn Hj Md. Taib tentang Jus Intra, saya memang tertarik sangatlah dengan Jus Intra ni secara saintifik sebab pembuatannya dipantau oleh para saintis dan pakar pemakanan dunia. Ditambah pula dengan banyak lagi fakta yang menyokong kesucian, keberkesanan dan kualiti Jus Intra. Lagi menambah semangat saya apabila ramai sangat pengguna Jus Intra yang tampil untuk membuat pengakuan (testimony) bagaimana Jus Intra memulihkan penyakit-penyakit mereka seperti sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi, gout dan banyak lagi (segalanya dengan Izin Allah). Terdetik dalam hati saya “Wah, mujarabnya Jus Intra ni…biar betul…”. Paling saya terkejut ada bekas pesakit kanser yang mengaku dia merasa bagaikan ‘mati hidup semula’ bila minum Jus Intra. Masyaallah…begitulah kuasa Allah nak beri rezeki pada dia kan.

Saya pun setuju nak buat bisnes ni tapi pening juga sebab saya bukan biasa jual-jual barang ni. Malu, malu! Tapi Allah bagi kekuatan dalam diri saya untuk lakukan juga memandangkan saya pun nak ubah nasib dari segi kewangan. Dipendekkan cerita, saya dan Najib ‘korek’ la wang nak sediakan menjadi stokis kecil (terpaksa join dulu stokis kecil sebab almaklumlah budak-budak sekolah macam kami kan tak banyak duit). Najib pula korbankan RM3k duit simpanan dia semata-mata untuk bisnes ni. Tu yang saya rasa kalau dah buat bisnes ni ‘no turning back’. Niat kami masa tu nak kongsikan produk yang berkualiti ni untuk bantu orang-orang di luar sana yang ada masalah kesihatan. Masa tu saya tak fikir nak dapat ribu2 pun, saya fikir nak nak balik modal je pun jadilah di samping untung runcit dalam RM 27.60 bagi setiap botol yang dijual.

Ada beberapa halangan pada awalnya sebab saya tak cukup duit nak promosi besar-besaran jual Jus Intra ni. Saya pulak jenis segan-segan nak jumpa orang jual barang. Tapi ada beberapa teknik bagaimana nak mudahkan jual barang MLM (dengan syarat produk ni berkualiti lah). Nak tahu bagaimana? Ni kena cerita dalam topik akan datang. Okay, saya nak buat labwork dulu. Sambung nanti ya (oh, saya ni chemist sebenarnya. PhD in Chemistry).

“ Jangan takut bermimpi…!”

(ni pinjam kata-kata angkasawan pertama Malaysia)

Wassalam..

p/s: anda boikot tak pergi pasar tak?