Thu 27 Sep 2007
Bismillahirrahmanirrahim….
Sementara menunggu Isya’ ni saya nak cerita tentang satu jenis pesanan ibu saya yang awalnya 50-50 saya boleh terima. Berkali-kali beliau mengingatkan saya tentang hal ini. Katanya, “Jangan ada kawan baik sebab selalunya kawan baik ni akhirnya jadi bermusuh. Buat baik dan layan semua orang sama rata. Jangan terlalu baik dengan seseorang takut memakan diri. Biar orang sangka kita jahat tetapi kita sebenarnya neutral. Tak menyebelahi sesiapa. Sahabat terbaik kita adalah diri kita sendiri.”
Begitulah pesan ibu saya daripada saya sekolah menengah sampailah sekarang. Dahulu saya rasa tak berapa releven nasihat beliau ni sebab saya perlukan kawan baik untuk bercerita macam-macam hal, gossip, berkongsi rahsia dan perasaan. Hal ini boleh lah dipraktikkan di kalangan budak-budak sekolah menengah sebab masa zaman ni tak banyak masalah, tak banyak hal remeh temeh yang berpotensi jadi konflik. Tambahan dulu saya bersekolah di asrama penuh selama 5 tahun, memang terkurung je dalam sekolah, tak ada hal punya. Paling jadi hal pun kalau kene denda dengan warden, fly atau ada budak lelaki hisap rokok pun dah kecoh satu sekolah. Kebanyakan kawan-kawan pun baik-baik belaka.
Tapi bila usia makin meningkat, banyak pengalaman dah ditempuhi, ya, saya akui 1000% nasihat ibu saya tu. Memang ‘bahaya’ kalau ada seseorang yang kita sangka kawan baik. Ada pelbagai hal yang akhirnya mencetuskan jauh hati dan konflik. Ungkit mengungkit, iri hati dan sebagainya pasti akan timbul. Kita berhak memilih kawan kita sendiri, tetapi bagi saya ada betulnya jika kita melayan semua orang sama rata. Bukan bermakna kita tak boleh buat baik pada rakan-rakan, tetapi biar berpada-pada. Paling utama jangan dedahkan soal peribadi kepada mana-mana rakan melainkan dengan ahli keluarga sendiri. Begitulah adanya. Wassalam.
“Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali…”
(orang-orang tua pun dah keluarkan quote ni lebih awal. Tak salah dijadikan pedoman)