Fri 5 Feb 2010
Assalamualaikum,
Apa khabar kepada para pembaca www.perfectexcel.com ? Mudah-mudahan kehidupan anda bertambah baik setiap hari.
Kali ini saya nak berkongsi tentang beberapa perkara kurang elok yang menyelubungi kehidupan anda tetapi kadangkala anda sendiri tak menyedarinya kerana anda telah set dalam minda untuk tolerate dengan perkara-perkara yang kurang elok ini. Tolerate ni macam kita menerima seadanya perkara-perkara kurang elok tu. Senang kata redha aje lah.
Masih kurang faham? Beberapa contoh perkara-perkara yang kita tolerate adalah seperti bilik yang bersepah, hari-hari bertemu kawan-kawan yang berfikiran negatif atau selesema pada waktu pagi. Oleh kerana hari-hari kita mengalami rutin seperti ini, akhirnya kita jadi tak kisah dan tidak cuba memperbaikinya. Yang tak seronoknya hal-hal semacam ini menyebabkan tenaga kita bocor dan semangat kita berkurangan tanpa kita sedari!
So, cuba anda ambil pen dan kertas dan mula fikirkan 3 perkara yang anda tolerate the most. Perkara ni boleh jadi dari aspek pekerjaan, rumah, percintaan, wang, kawan-kawan, harta benda, kesihatan dan macam-macam lagi Ya, senaraikan perkara-perkara yang anda tak suka tetapi anda cuba juga menerimanya selama ini. Fikirkan betul-betul, mesti ada. Tipulah kalau tak ada!
Kemudian, bila dah berjaya menyenaraikan 3 perkara yang anda tolerate selama ini, cuba cari jalan atau cara untuk menyelesaikan 3 perkara tersebut. Contohnya kalau selama ini anda ada officemate yang suka bergosip, cuba jauhkan diri daripada hamba allah tu, kalau bilik asyik bersepah, ambil masa 5 minit setiap hari untuk mengemas bilik tu. Lakukannya sedikit demi sedikit tetapi konsisten.
Hasilnya, anda akan mendapati hidup anda lebih bagus, yakin, rasa berkuasa, ceria dan gembira! Ya, perkara-perkara yang anda tolerate ini jika diminimakan atau dihapuskan terus akan menyebabkan fikiran anda lebih lapang dan lebih bertenaga. Tak percaya? Cubalah dahulu!
Live Better Everyday.
Regards and wassalam!
February 10th, 2010 at 11:51 am
Thanks Ain… :) memang banyak betul perkara negatif yang di tolerate… huhuhu
February 16th, 2010 at 1:53 pm
Hmm…. banyak benda yang saya ‘tolerate’ sampai diri sendiri yang susah.Saya kena ingatkan diri ini selalu, bukan semua mahu kita senang, macam2 cara dia orang buat & cakap untuk melemahkan kepercayaan kita.
Fikir2 balik, orang tu tergugat dengan diri ini, itu sebabnya……Jadi, tiap2 masa kena muhasabah diri & ingat Allah selalu mahukan yang terbaik untuk hamba-NYA. Amin……
‘EVERYONE IS BORN TO ACHIEVE GREATNESS’.
‘MARILAH MENUJU KEJAYAAN’- Dalam Azan…..