MLM Coaching Program » · Register

myintrasite Ain & Najib

Salam sejahtera!

Bisnes Multi Level Marketing (MLM) bukannya untuk sembarangan manusia. Ia memerlukan daya usaha, keinginan dan motivasi yang meluap-luap oleh pengamalnya; barulah boleh berjaya.

Kalau tiada sifat-sifat positif dalam diri, alamatnya pasti kecundang di pertengahan jalan. Sebab itulah saya tak pernah kata bisnes MLM ini mudah. Ada sesiapa yang kata mudah? Memang ada tuan-tuan dan puan-puan. Tetapi adakah itu MLM yang tulen? Jom baca beberapa ayat di bawah ni:

“Jom sertai bisnes ini, duduk goyang kaki duit masuk hari-hari”

“Tak payah cari orang, duit masuk setiap bulan”

“Tak payah jual barang, anda tetap dapat 5 angka sebulan”

Dan bermacam-macam lagi ayat-ayat untuk orang pemalas.

Percayalah, apa yang dikempenkan itu bukan bisnes MLM yang tulen. Itu adalah scam yang bertopengkan MLM. Di akhir waktu nanti, sesiapa yang menyertai scam pasti akan kecewa dan menyesal kerana apa yang dijanjikan tidak benar-benar berlaku. Saya juga kecewa kerana, orang-orang yang gagal akibat scam ini beriya-iya menghukum bahawa bisnes MLM adalah bisnes penipu, penyangak, perompak dan pemusnah kehidupan. Padahal mereka bukan menyertai MLM yang tulen! Mereka menyertai skim penipuan, skim ponzi atau skim pak man telo!

Sekian!

Topik “Perbezaan MLM yang TULEN dan yang PALSU” dimuatkan dalam buku REVOLUSI MLM tulisan Dr Nurul Ain dan Mohd Najib. Dapatkan REVOLUSI MLM di MPH bookstores, Kinokuniya, The Boarders atau Popular.

untuk dapatkan autograph penulis, boleh buat pembelian dengan:

sms: Dr Siti Nurul Ain 012-3566076

Harga buku REVOLUSI MLM= RM39.90

Penghargaan dari penulis: free delivery + autograph dari penulis!

Salam Sejahtera,

Kali ini saya nak berkongsi satu topik yang sangat bagus untuk kita semua iaitu tentang persepsi wanita untuk berjaya dalam MLM.

Dalam bisnes MLM (multi-level marketing) ni saya dah berjumpa dengan sebegitu ramai wanita yang berkeinginan untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Ada yang tergolong dalam kategori profesional, pelajar, suri rumah, ibu tunggal dan macam-macam lagi. Semua golongan wanita ini mempunyai misi yang satu iaitu nak berjaya dalam bisnes MLM.

Saya cukup kagum dengan kegigihan wanita yang bisnes MLM. Mengapa? Sebab MLM ni bukan mudah tuan-tuan dan puan-puan. Kalau tak dikuatkan semangat, rajin, berdisiplin dan cekal, memang di akhirnya rebah. Terutamanya WANITA. Eh, saya pun wanita, saya tahulah apa masalah wanita yang bisnes MLM ni.

Maklumlah wanita ni banyak kekangannya. Kadangkala suami tak sokong, kadangkala orang-orang sekeliling pandang serong, kadangkala anak-anak masih kecil, kadangkala tak pandai pula memandu kereta, kalau memandu asyik sesat jalan, tak pandai komputer lah, tak pandai bersosial lah, rabun malam lah, boyfriend cemburu lah, kena goda lah (dan macam-macam lagi). So, macam mana nak ber MLM? (kata keluhan wanita-wanita).

Tetapi, percayalah wahai kaum wanita, kekangan inilah yang menyebabkan kita semakin kuat. Sepatutnya kita semakin kuat melawan arus cabaran ini, bukan jadikannya sebagai alasan untuk tak berjaya. Sebab tu lah kata Datuk Maznah Hamid (mendapat gelaran iron lady. Beliau mengasaskan Securiforce Sdn Bhd), “Kalau wanita nak berjaya, mesti went through hardships!” Apa maknanya tu? maknanya kalau nak berjaya mesti kena lalui kesusahan dan kepayahan. Kalau senang lenang aje, mana nak datang berjaya nye tu. Betul kan kata beliau?

Oleh itu, wanita yang ber-MLM memang boleh berjaya dalam bisnes ini asalkan kita berani go through hardships. Never ever give-up!

Topik “Wanita dan MLM” ada ditulis dalam buku REVOLUSI MLM tulisan Dr Nurul Ain dan Mohd Najib. Dapatkan REVOLUSI MLM di MPH bookstores, Kinokuniya, The Boarders atau Popular.

untuk dapatkan autograph penulis, boleh buat pembelian dengan:

sms: Dr Siti Nurul Ain 012-3566076

Harga sebenar REVOLUSI MLM= RM39.90

Penghargaan dari penulis:Discount 10% + free delivery + autograph dari penulis!

Assalamualaikum,

Semoga para pembaca Perfect Excel sentiasa ceria dan bertenaga!

Betapa ramainya MLMian yg asalnya bersemangat waja akhirnya kecundang di pertengahan kan.

Salah satu sebabnya kerana MLMian yang bergerak berseorangan memang akhirnya rasa lemau dan jiwanya kacau. MLM sebenarnya memerlukan kumpulan untuk bertukar-tukar motivasi dan cerita. Perlu sentiasa ambil tahu ttg aktiviti terkini syarikat dan sertai acara-acara yang dianjurkan oleh pihak syarikat atau upline.

Baiklah soalnya mcm mana kalau syarikat induk jauh dan upline juga jauh? Memang jadi masalah kan? Dengan siapa nak mengadu hal-hal bisnes apabila upline jauh. Macam mana nak hadiri majlis-majlis anjuran syarikat dan upline. Rasa bersendirian, sebatang kara dan akhirnya bisnes tak jalan. Akhirnya mengeluh dan menyesal kerana join bisnes. Katanya upline tak tolong dan sebagainya.

Saya ambil pengalaman diri sendiri. Upline saya pun jauh nun di Johor. Jadi, perkara pertama saya lakukan ialah saya yang hubungi upline. Bukan upline yang hubungi saya. Maklumlah beliau ada ramai downline takkanlah semua dia nak call. Lagipun siapa yang nak berjaya kenalah usaha lebih sikit iaitu rajin2 tanya upline sampai dia naik boring kita asyik sms/call.

Kedua, saya wujudkan kumpulan saya sendiri dan buat perjumpaan setiap minggu.  Kalau saya tak bina kumpulan sendiri alamatnya saya pun jadi lemau dan buntu sebab tiada semangat & tempat sharing. So, kepada MLMian, semua kena jadi leader di kawasan anda. Buat perjumpaan selalu supaya kumpulan anda bergerak. Jangan tunggu upline. Maklumlah upline tu jauh kan.

Kita ni berniaga kan kerana mahu mendapatkan Keberkatan Allah. Jadi kita harus usaha lebih. Siapa mau berjaya mesti kena usaha lebih dan lebih. Kita berniaga bukan kerana upline, jadi jangan tunggu upline ‘manja’kan dan pujuk2 kita baru nak bergerak.

Lastly, sekarang kan ada Facebook. Buat kumpulan bisnes anda dalam Facebook. Invite semua ahli kumpulan anda supaya masuk kumpulan Facebook. Barulah rasa tak bersendirian dalam industri MLM ni dan sentiasa dapat update terkini. Betul tak? Tanya upline anda, ada buka tak kumpulan di Facebook sebab anda nak masuk.

Zaman sekarang ni nak berjaya tiada lagi alasan. Yang ada cuma otak manusia yang berusaha sedaya upaya mengada-adakan alasan. wallahu a’lam…

pelancaran buku REVOLUSI MLM

Salam sejahtera.

Saya dan Najib Mohamed amat terharu apabila buku REVOLUSI MLM (Multi level marketing) turut mendapat perhatian dan sokongan dari orang bukan Melayu (walaupun ia ditulis dalam Bahasa Melayu).

Yang lucunya, kebanyakan pembeli bukan Melayu ini mengaku secara terang-terangan kepada saya bahawa mereka bukan 100% faham Bahasa Melayu tetapi mereka membeli puluhan buku Revolusi MLM untuk dibawa pulang. Tahukah anda mengapa?

Kerana MLMian bukan Melayu ini tahu bahawa pasaran orang Melayu di negara ini amat luas. Kebanyakan orang Melayu belum tahu tentang produk dan peluang bisnes MLM yang tersedia. Oleh itu, orang bukan Melayu ini amat bijak mengambil peluang; iaitu orang Melayu yang berpotensi akan dihadiahkan buku Revolusi MLM supaya mereka lebih bersemangat dan bermotivasi dalam bisnes MLM.

Biarlah orang bukan melayu ini tak berapa faham apa yang dituliskan dalam buku Revolusi MLM, tetapi mereka kempen distributor orang Melayu supaya membaca buku tersebut sebagai panduan dan motivasi.

Inilah yang dinamakan ‘power sharing’ – iaitu berkongsi kuasa. Dalam MLM, kita perlu bijak berkongsi kekuatan dengan orang lain supaya kita terus bergerak dan meloncat ke hadapan! Kita ‘pergunakan’ orang lain (dengan cara yang betul @ win-win situation) supaya kita berjaya dalam bisnes MLM.

Sejujurnya saya kagum dengan strategi ini.

Sekian!

P/S: untuk membeli buku Revolusi MLM secara terus dengan penulis,

boleh email nurul_ainjamil@yahoo.com

Atau sms/ call: 012-3566076/ 012-3056076 (Dr Nurul Ain)

Berita baiknya, ada DISKAUN 10% (harga selepas diakuan hanya RM36 saja), FREE DELIVERY dan AUTOGRAF dari kedua-dua penulis buku Revolusi MLM.

Jika mahu membeli di kedai buku, ada di MPH, KINOKUNIYA, POPULAR, BOARDERS seluruh Malaysia dan kedai-kedai buku lain.

Selamat sejahtera,

Buku Revolusi MLM nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada yang telah membelinya dan sokongan anda kepada Industri MLM amat saya kagumi.

Ada beberapa poin yang amat saya tekankan kepada para pembaca buku Revolusi MLM iaitu mereka wajib membaca Bab bertajuk:

“KEGAWATAN EKONOMI dan MLM”

Dalam bab yang simple dan mudah difahami tersebut saya ada menceritakan kesan kegawatan ekonomi kepada industri MLM. Malahan saya turut menyertakan beberapa contoh syarikat MLM yang telah mengharungi 8 kali kegawatan ekonomi seantero dunia semenjak 50 tahun yang lalu. Ya, kebanyakan pembaca buku Revolusi MLM terkejut apabila mendapati kegawatan ekonomi bukan memberi kesan negatif kepada perniagaan MLM. Malahan kegawatan ekonomi semakin melonjakkan nilai jualan syarikat MLM dan meningkatkan pendapatan para MLMian di seluruh dunia!

Bab tersebut amat penting sebagai motivasi kepada MLMian supaya jangan mudah give up dengan cabaran MLM dan percayalah bab tersebut boleh digunakan untuk ‘closing’ bisnes anda semasa bertemu prospek.

Terkejut kan? Tetapi inilah realitinya industry MLM. Dan untuk mengetahui BAGAIMANA dan MENGAPA kegawatan ekonomi meningkatkan pendapatan MLMian, dapatkanlah buku Revolusi MLM di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Boarders dan kedai-kedai buku lain.

Boleh juga membeli Revolusi MLM secara terus dengan saya kerana ada diskaun dan autograph penulis (Dr Nurul Ain dan Najib Mohamed). Berita baiknya, ada DISKAUN dan KOS PENGHANTARAN FREE sahaja.

Boleh email di nurul_ainjamil@yahoo.com

Atau sms/call Dr Nurul Ain 012-3566076/ 012-3056076 untuk pembelian buku Revolusi MLM.

Sekian, moga sama-sama kita mendapat manfaat. Terima kasih

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca Perfect Excel? Semoga semuanya ceria dan paling penting bermotivasi dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Najib dan saya telah menulis sebuah buku bertajuk REVOLUSI MLM yang kini telah pun berada di pasaran. REVOLUSI MLM dijual di kesemua kedai buku seluruh Malaysia seperti MPH bookstores, Kinokuniya, Popular, Boarders dan lain-lain kedai buku. Alhamdulillah kami telah melakukan beberapa kali pelancaran buku ini demi memperkenalkan REVOLUSI MLM kepada orang awam. Kesemuanya dilakukan dengan izin tuhan.

Ramai yang bertanya kenapa saya menulis buku ini? Jawapan ikhlas dari saya: menulis buku tidak boleh menjadikan saya millionaire sebab mana-mana penulis pun tahu royalti daripada sebuah buku amat sedikit; melainkan penulis menghasilkan berpuluh-puluh buah buku; barulah boleh jadi kaya raya dengan menulis buku.

REVOLUSI MLM ditulis kerana penulisnya mahu orang awam mengenali WAJAH MLM (Multi Level-Marketing ) YANG SEBENAR. MLM tidak buruk, MLM tidak menipu, MLM bukan scam, MLM bukan untuk merugikan dan MLM bukan untuk dipersendakan.

MLM yang sebenar adalah perniagaan berprestij, high class, mudah dan teramat LUMAYAN. Masalahnya imej MLM disalahertikan apabila ada pengamal MLM yang menjalankannya dengan cara yang tak beretika. Apatah lagi apabila ramai pemilik syarikat perniagaan menjalankan kegiatan penipuan dengan bertopengkan lesen MLM; inilah yang dinamakan MLM palsu. Maka, menjadi-jadilah kebencian orang awam apabila mendengar nama MLM.

Jadi, saya menulis REVOLUSI MLM demi mengubah pandangan orang ramai tentang MLM. Tetapi saya juga bencikan MLM palsu dan pengamal MLM yang tidak beretika. Saya hanya menyokong dan terlibat dengan perniagaan MLM yang asli sahaja; kerana MLM telah banyak membantu orang-orang yang mahu berjaya dalam kehidupan mereka.

Mudah-mudahan buah tangan saya iaitu REVOLUSI MLM dapat membantu anda untuk lebih bermotivasi dalam bisnes ini (ya, apabila anda membacanya barulah anda tahu bahawa anda tidak bersendirian dalam industri MLM), melalui REVOLUSI MLM juga anda tahu bahawa anda sedang menjalankan perniagaan yang berprestij dan lumayan! Anda juga sebenarnya mendapat sokongan orang-orang terkemuka di dunia seperti ahli perniagaan Donald Trump, Robert Kiyosaki dan jutawan Malaysia Azizi Ali yang mengakui MLM adalah model perniagaan yang amat hebat!

Bacalah, kerana MEMBACA meleraikan-mu fikiran yang kusut.

ISTIMEWA! Anda oleh membeli REVOLUSI MLM terus daripada perfectexcel dengan harga diskaun 10%.

Tajuk buku: REVOLUSI MLM

Penulis: Dr Nurul Ain dan Najib Mohamed

Harga sebenar RM39.90 (300 muka surat)

email saya jika hendak diskaun :)

Penghantaran percuma!

Sila email Dr Nurul Ain untuk pembelian.

nurul_ainjamil@yahoo.com atau hubungi 012-3566076

« Previous PageNext Page »