Assalamualaikum,
Kali ni saya nak berkongsi tentang seorang pemotong rumput/ gardener. Ini kisah benar, bukan kisah dongeng atau rekaan.
Gardener ni bernama Mustapha dan berasal dari Pakistan. Dia ni boleh dikatakan gardener ‘favourite’ di kejiranan saya sebab dia memang buat buat kerja dengan bagus, kemas dan sempurna. Satu hari tu, saya cuba menghubungi Mustapha untuk mengemas laman rumah, tetapi gagal dihubungi dan berlarutan selama berbulan-bulan. Ingatkan dia dah tak servis lagi, so saya hubungi gardener lain. Tetapi memang hasil kerja gardener lain ‘cincai’. Tak memuaskan hati padahal bayaran sama macam Mustapha.
Satu hari, entah macam mana saya berbual dengan jiran belakang rumah,katanya “Mustapaha is back!” (Wow, betapa pentingnya Mustapha kepada jiran tetangga di tempat saya). Kepulangan Mustapha bagaikan satu rahmat kepada kami. Tetapi di sebalik kegembiraan kami rupa-rupanya Mustapha ni ada cerita pahit. Beberapa bulan lalu rupa-rupanya Mustapha telah diserang oleh perompak di kilang (Mustapha bekerja sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam di kilang), akibatnya sebelah badannya cedera parah dan dia dibawa ke hospital. Kawan-kawan serumahnya (merangkap sePakistan dengannya) berpakat-pakat kumpul duit dan hantar Mustapha balik ke Pakistan untuk dijaga oleh keluarganya dalam tempoh dia tidak sihat. Setelah sembuh (walaupun bukan 100%) Mustapha kembali ke Malaysia untuk bekerja.
Sedih, sebab kalau anda lihat Mustapha tu memang tak sanggup pandang dua kali. Orangnya sangat kurus, badannya agak bongkok dan wajahnya cengkung. Jelas sekali tidak cukup makan. Ditambah dengan kecederaan akibat diserang, sudah tentu kudratnya tidaklah begitu kuat. Menurut kata jiran yang melihat parut luka Mustapha, memang keadaanya terus sebab dikelar dengan parang. Aduh!
Saya bukan nak memuji Mustapha, nanti ada pula orang kata saya memihak pendatang asing. Ish, ish. Pengajarannya, bagaimana Mustapha yang warga asing dan serba kekurangan tu tetap tegar mencari rezeki di Malaysia. Kenapa dia kembali ke Malaysia dan sanggup meninggalkan keluarganya di Pakistan? Tentunya sebab Malaysia ni negara yang penuh rahmat, banyak peluang mencari rezeki dan aman damai. Negara kita ni tempat paling kondusif untuk cari duit dihantar kepada ahli keluarga yang sedang menunggu di Pakistan yang serba daif. Berbanding kalau Mustapha tinggal di Pakistan, mungkin anak isterinya mati kebuluran!
So, apa lagi lah alasan kita yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia ni untuk berkeluh kesah duit tak cukup, merungut takda kenaikan gaji atau bonus, harga barang mahal, berdegar-degar memarahi majikan/ pemerintah atas kesusahan hidup kita? Kita yang cukup anggota badan, sihat dan berakal ni gunakanlah kelebihan ni untuk mencari rezeki di atas muka bumi yang kaya ni. Nak berniaga boleh, nak bisnes MLM boleh, nak beri servis boleh dan macam-macam lagi pekerjaan halal boleh dilakukan. Tang MLM tu, tolonglah sertai MLM yang genuine bukan ‘MLM skim copat kayo’. Peluang sentiasa ada. Malangnya ketakutan sentiasa mengatasi peluang yang terbentang di hadapan mata kita. Bila kita dok berangan-rangan nak buat bisnes untuk cari wang, dengan secepat kilat otak kita mencadangkan pelbagai alasan supaya tidak payah buat bisnes. Antaranya, ish takut rugilah, takut kene reject lah, tak pandai bercakap lah, hantu kacau lah, tak ada MASA lah, jiran dengki lah, kucing marah lah, tak dapat tengok TV lah dan macam-macam lagi. Tengoklah siapa yang bagi alasan? Diri kita sendiri kan? So, sesiapa yang terus tertipu dengan permianinan otaknya sendiri alamatnya tak akan berjaya sampai bila-bila.
Peritnya hidup jika kita jadi Mustapha kan? Tapi dia tetap okay. Hidup perlu diteruskan, takda masa nak merungut.
Wassalam.