Thu 21 Feb 2008
(New Fund/Unit Trust by Public Mutual: PISTF – Public Islamic Select Treasures Fund)
Berita baik kepada semua para pelabur yang sedang menunggu-nunggu peluang untuk melabur =) Hari Selasa lepas Public Mutual telah melancarkan satu dana amanah (unit trust) yang baru iaitu PISTF. Dana ini akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat kecil dan pertengahan yang tersenarai di papan kedua BSKL. Boleh juga saya katakan, dana ini adalah menyerupai dana PIOF yang juga di laburkan di dalam syarikat kecil dan pertengahan di papan kedua BSKL. Mengikut prestasi PIOF selama 2 tahun, PIOF telah mendapat keuntungan sebanyak lebih kurang 80%. Oleh itu sesiapa yang ingin mencari khazanah yang terpendam di dalam syarikat kecil dan pertengahan ini, boleh la menghubungi Unit Trust Consultant masing-masing. Anda boleh melabur sekali gus ataupun mengeluarkan wang KWSP anda. Ingat! bukan lagi dengan syarat pengeluaran KWSP yang dulu.
Jenis Dana = Ekuiti berlandaskan syariah
Jenis pelabur = Aggresif
Jangka masa pelaburan = sederhana atau jangkamasa panjang ~3-5 tahun
NAV = RM 0.25 sewaktu promosi dari 26 Febuari 2008 sehingga 17 Mac 2008
Saya juga akan membeli dana amanah ini, jika tidak kehabisan sewaktu saya ingin membelinya di dalam tempoh promosi tersebut. Nanti boleh lah saya updatekan prestasi dana kepada pelawat blog ini.
Kenapa anda patut melabur di dalam PUBLIC MUTUAL? (wahh.. macam ayat promosi pula)
Klik di jadual di sebelah untuk paparan yang lebih besar dan jelas. Perbandingan yang di buat di antara syarikat yang mengendalikan unit amanah (unit trust) swasta di Malaysia yang di buat oleh The Edge.
February 26th, 2008 at 9:39 pm
Semakin banyak dana-dana yg ditawarkan oleh Public Mutual :)
Tapi, kalau tak silap saya, kebanyakan dana-dana diuruskan oleh Pengurus Dana yg sama.
Saya nak tahu, mcm mana dia org boleh fokus? Maklumlah, banyak duit diurus, banyak dana diurus, semuanya mempunya strategi dan pendekatan pelaburan yg berbeza.
April 8th, 2008 at 2:14 am
Buat pengetahuan saudara,di antara syarikat unit amanah di Malaysia Public Mutual merupakan syarikat unit amanah yg mempunyai investment team yg terbesar iaitu seramai 8 pengurus dana utk dana ekuiti dan 4 pengurus utk dana bond dibantu oleh 30 orang analyst. Oleh itu,kita sebagai pelabur mesti meletakkan kepercayaan penuh kpd Public Mutual kerana sebelum sesuatu keputusan yang diambil,setiap faktor telah diambil kira. Lagipun mereka wajib memegang amanah yang telah diamanahkan kepada mereka.
September 10th, 2009 at 11:40 am
Saya ingin tahu unit PISTF ni, boleh dibeli dengan wang KWSP (rujuk kepada Pengeluaran utk Pelaburan Unit Amanah). Kalau boleh di mana saya boleh berurusan untuk membelinya.
November 2nd, 2009 at 11:23 am
saya mau melabur dalam PM. siapa boleh bantu saya? area sabah.ni my email infinity_joke[at]hotmail.com.TQ