Fri 25 Apr 2008
Betul ke orang kita hidup secara sederhana? Betul ke kita tidak mengejar kekayaan? Jika tidak, kenapa kita menjadi salah satu negara yang mempunyai pelabur internet yang tertinggi di dunia mengalahkan orang-orang di negara maju? Sanggup melaburkan sejumlah wang yang dikumpul hasil pendapatan, ada juga yang sanggup meminjam wang demi mendapat pulangan yang dijanjikan berlipat kali ganda sehingga 300% dengan masa yang singkat. Lihat sahaja pulangan yang diberi, sudah tentu risikonya setinggi langit. (Risiko berkadar terus dengan pulangan). Mungkin akan hilang kesemua wang sekelip mata sahaja. Jadi sebelum membuat pelaburan, fikir dan buat kajian mengenai pelaburan yang disertai. Lihat! Segala apa yang kita lakukan, mesti diiringi dengan ilmu. Jangan fikir hendak melabur jika hanya mahu bergoyang kaki kecuali menyertai unit amanah. Di unit amanah, anda mempunyai Perunding unit amanah dan pengurus dana amanah yang terlatih untuk memberikan keuntungan pada anda dalam jangka masa sederhana dan panjang sesuai dengan matlamat kewangan anda. Jadi fikir sebelum bertindak. FIKIR!
August 4th, 2008 at 6:34 pm
kata-kata dari saudara najib betul. kita tak perlu pergi jauh untuk melihat golongan ‘gelojoh’ ini. jika kita bekerja di pejabat, kawan-kawan kita yang paling ramai terkena pelbagai skim pelaburan internet ini. sedihnya, mereka tidak juga serik-serik. bila sahaja terdengar ‘skim’ terbaru.. terus berminat. hairan ya, mana la kawan-kawan kita ni cari duit untuk bagi pada si ‘penipu’….
Najib: Entahlah beejan. Lepas satu, satu kejadian menimpa orang-orang yang mahu cepat kaya. Baru-baru ini gempar pula dengan JAI Network Sdn. Bhd. Saya tidak mahu mengulas lanjut, kerana kes ini masih dalam pembicaraan. Tetapi sekarang saya pelik dengan sikap yang mahu cepat kaya. Berusahalah untuk menambahkan pendapatan. Jika kita berusaha, mesti kesenangan akan datang dengan keberkatan yang maha Esa.