Harga Saham di Asia meneruskan aliran menurun pada hari ini berikutan kebimbangan kemungkinan gergasi ekonomi Amerika Syarikat yang mengalami krisis ekonomi akan mencetuskan kemelesetan global. Indeks penanda aras Nikkei ditutup 5.7% kepada 12,573.05 mata di bursa Tokyo. Di Seoul, index komposit Korea jatuh 4.4% kepada 1,609.02 mata. Index Hang Seng turut menjunam 8.7% kepada 21,757.63 mata. Di Taiwan, harga saham di bursa saham Taiwan lenyap 6.5% kepada 7581.96 mata. Di bursa Malaysia pula, harga saham turut jatuh akibat tekanan jualan saham mewah dan murah akibat kejatuhan pasaran saham dunia. Index Komposit Kuala Lumpur pula jatuh 54.12 mata kepada 1,354.49 mata.

Berdasarkan ekonomi semasa Amerika Syarikat, Presiden Persatuan Pelabur Malaysia berkata, sehingga kini, KLCI telah menurun 11.3% dan pasaran saham tempatan dijangka akan terus menurun lagi daripada paras tertinggi pada 1,525 mata kepada paras 1,200 mata. Jangkaan pasaran tempatan akan menurun sekitar 20%. Dianggarkan KLCI akan kembali kepada 1,550 mata menjelang akhir tahun ini. KLCI akan berada pada tahap yang kukuh dan aktif dalam jangka masa yang sederhana dan panjang. Ini memberikan kesan kepada semua dana amanah lebih-lebih lagi dana yang mempunyai objektif pelaburan di Asia.

sahamjatuhpcif.JPG

Penganalis ekonomi : Kesan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat ke atas ekonomi Malaysia dijangka terhad. Ini berikutan sokongan perbelanjaan domestik yang dijangka semakin kukuh seperti langkah kerajaan yang membenarkan dasar pengeluran wang daripada akaun KWSP untuk pembiayaan perumahan. Kesannya dapat membantu mengurangkan impak luaran ke atas ekonomi tempatan.

p/s: Ini adalah peluang terbaik kepada para pelabur untuk membeli saham murah dan berasas kukuh baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara. Di Malaysia sahaja, kita mempunyai dana-dana besar yang sentiasa mempunyai sumber pendapatan yang tinggi. Ini adalah peluang yang amat baik, memandangkan asas kukuh bagi dana Malaysia untuk mula membeli saham kerana kebanyakan saham kini murah dan sangat menarik dari segi harga.

Walaubagaimanapun, ekonomi Malaysia masih lagi stabil.