Fri 7 Dec 2007
Wang merupakan medium yang tidak pernah ‘tidur’. Ia akan sentiasa bekerja bila anda pandai menggunakannya. Ia akan bekerja keras untuk anda setiap saat. 24 jam sehari. 365 hari setahun. Anda mesti pandai mencari jalan supaya wang anda bekerja keras untuk anda, bukannya anda bekerja keras untuk wang anda. Apa yang anda perlukan ialah beberapa ringgit sehari. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang genius mengenai kewangan atau ekonomi untuk menjadi kaya. Anda tidak perlu mempunyai sebuah perniagaan sendiri. Anda hanya cuma membuang tabiat buruk perbelanjaan, beli apabila perlu dan menyimpan wang tersebut kesaluran yang yang mendatangkan hasil seperti pelaburan. Nescaya anda akan mencapai kebebasan kewangan!
Sebagai contoh, anda dapat mengumpul RM200 setiap bulan hasil daripada membuang tabiat buruk pembaziran pembelanjaan anda dan ingin melaburkan ke dalam dana amanah. Anda pula mempunyai objektif kewangan anda untuk menyimpan di dalam satu dana amanah dengan modal kapital sebanyak RM1000 yang mendatangkan pulangan kira-kira 20% sebulan selama 25 tahun. RM200 setiap bulan pertumbuhan modal selama 25 tahun, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM 1,839,478.78! Anda adalah jutawan! ;)
Tahun 1 : RM 3,852.08
Tahun 2 : RM 7,329.89
Tahun 3 : RM 11,570.69
Tahun 4 : RM 16,741.89
Tahun 5 : RM 23,047.61
Tahun 6 : RM 30,736.74
Tahun 7 : RM 40,112.8
Tahun 8 : RM 51,545.89
Tahun 9 : RM 65,487.29
Tahun 10 : RM 82,487.31
Tahun 11 : RM 103,216.98
Tahun 12 : RM 128,494.56
Tahun 13 : RM 159,317.82
Tahun 14 : RM 196,903.42
Tahun 15 : RM 242,734.97
Tahun 16 : RM 298,621.56
Tahun 17 : RM 366,769.16
Tahun 18 : RM 449,867.74
Tahun 19 : RM 551,197.4
Tahun 20 : RM 674,757.89
Tahun 21 : RM 825,426.45
Tahun 22 : RM 100,9150.35
Tahun 23 : RM 123,3181.64
Tahun 24 : RM 1,506,363.39
Tahun 25 : RM 1,839,478.78 – Waktu pencen jika umur anda sekarang 30 tahun
Katakanlah, anda ingin memulakan pelaburan peribadi anda tahun depan, jadinya anda hanya mempunyai 24 tahun pelaburan. Ingat! Anda akan terlepas peluang untuk memiliki wang sebanyak RM 333,115.39! Dengan hanya setahun sahaja anda akan kehilangan wang sebanyak itu. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk melabur dengan secepat yang mungkin. Jangan berlengah-lengah untuk melabur. Dengan hanya berlengah untuk setahun, anda tidak mendapat RM935.71 sehari ataupun RM 38.99 sejam ataupun RM 0.65 sen seminit. Setiap minit dikira! (Mengikut Financial Calculator Public Mutual)
Jadi di sini saya ingin menegaskan bahawa wang anda mempunyai kuasa yang amat luar biasa. Setiap hari anda berlengah, setiap jam anda menunggu, ia menjauhkan diri anda dengan kebebasan kewangan. Jadi, jangan berlengah!
Nota: Tahniah kepada dua sahabat saya (Syazrulazwan dan Mithalina) yang telah mengambil langkah, tanpa berlengah lagi untuk melabur di dalam Dana Unit Amanah Public Mutual. Mari bersama-sama mencapai kebebasan kewangan!
December 12th, 2007 at 6:37 am
assalamualaikum…
Saudara Najib, saya telah melakukan beberapa penyelidikan tentang Public Mutual Fund dan paling menggembirakan saya apabila mandapati Public Bank merupakan syarikat unit amanah no. 1 di Malaysia. saya sebenarnya tercari-cari medium untuk melaburkan wang yang menguntungkan dan dalam masa yang sama dilaburkan berlandaskan syariah Islam. Harap kita dapat berhubung untuk penjelasan lanjut terutamanya tentang Public Mutual Gold Member. saya positif untuk menyertai Unit Amanah Public Mutual ini. terima kasih.
AbdHaq
December 13th, 2007 at 3:51 am
Waalaikumsalam AbdulHaq,
Terima kasih kerana melawat laman web ini. Memang benar Public Mutual merupakan unit amanah swasta no.1 di Malaysia. Ianya mendapat beberapa anugerah antarabangsa untuk Mutual Fund. Sekarang ini terdapat 11 jenis dana amanah yang berlandaskan hukum syariah. Mengenai Ahli Mutual Gold, anda hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai jumlah pelaburan sebanyak RM100,000 keatas. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi saya melalui email ini : admin[at]perfectexcel.com
January 12th, 2008 at 3:43 pm
berminat dengan investment ini. boleh tak kalau letak 3000, untuk dapat pulangan 3000 kembali dalam masa 3 bulan???
January 13th, 2008 at 7:33 pm
RM3000 melabur, dalam masa 3 bulan mendapat pulangan RM3000? Jadi pulangan 100% dalam masa 3 bulan atau pengiraan mudah 333% dalam masa setahun.
Untuk pelaburan di unit amanah, mengikut pengalaman saya belum ada atau saya sahaja yang tidak tahu mana-mana unit amanah dalam dunia ini yang memberikan pulangan 100% untuk pelaburan 3 bulan.
Tetapi, mungkin melalui medium pelaburan yang lain seperti stock exchange, forex. Apabila pulangan pelaburan tinggi, maka risiko juga tinggi.
Di Public Mutual, pulangan yang tertinggi boleh dikatakan sehingga lebih kurang 40%*
*Tidak boleh diambil sebagai panduan untuk melabur. Semuanya mengikut dan bergantung kepada pasaran saham.