Wed 6 Feb 2008
Setiap orang di Malaysia ini mengimpikan dan berusaha mengecapi taraf kehidupan yang selesa. Mungkin kebanyakkan golongan muda sekarang ini, berfikir-fikir untuk membeli kediaman impian, kereta idaman yang bakal berada di hadapan rumah anda, dan jenama baju yang anda pakai seharian, suami yang kacak, isteri yang cantik. Mengimpikan sesuatu tidak salah, malah ia membuatkan kita lebih berusaha untuk mengecapinya. Malang sekali semua yang kita impikan memerlukan wang dan bagi golongan yang sederhana, anda akan sentiasa membuat kira-kira bagi membolehkan anda merasai taraf kehidupan sebegitu.
Langkah pertama bagi anda untuk mengecapi kehidupan yang anda impikan ialah dengan menyediakan portfolio pelaburan anda sekeluarga. Komponen yang penting dalam portfolio tersebut ialah pelan pesaraaan, dana kecemasan (reserved fund) dan juga pelaburan yang pelbagai. Saya pernah menulis artikel mengenai dana kecemasan ini tahun lepas. Bagi sesiapa yang belum lagi membaca, klik di sini. Untuk dana kecemasan, kita mempunyai wang tunai di dalam bank sekurang-kurangnya 6 bulan jumlah perbelanjaan kita. Jika anda memerlukan RM3,000 untuk membayar semua utiliti, pinjaman dan perbelanjaan lain, maka anda memerlukan RM18,000 di dalam dana kecemasan.
Porfolio pelaburan anda mestilah bebas daripada hutang. Ini bermakna sumber kewangan di dalam portfolio tersebut mestlah datang dari anda sendiri tanpa berhutang. Malah melalui portfolio ini kita berusaha untuk melangsaikan hutang yang sedia ada; seperti hutang kad kredit, pinjaman bank, dan juga liabiliti lain. Selain itu senarai juga apa aset yang anda miliki, seperti saham, bon, dana amanah, hartanah, akaun bank, dan wang tunai.
Setelah anda menyeneraikannya, anda perlu berusaha untuk melangsaikan hutang anda dan berusaha untuk tidak menambahkan lagi hutang anda. Memang agak sukar untuk permulaan. Ianya perlukan displin yang kuat. Mungkin ia akan mengambil masa setahun atau lebih untuk menampakkan kejayaan portfolio pelaburan anda.
Semasa mengemas kini data-data di dalam komputer riba saya, saya terjumpa dengan satu data excel yang sesuai untuk untuk artikel ini. Data excel ini disediakan oleh Rajen Devadason seorang perunding kewangan yang terkenal di Malaysia. Untuk membaca artikel yang ditulis oleh beliau dan menarik mengenai kewangan anda boleh lawati di laman web www.freecoolarticles.com
Muat Turun CashFlow Analysis di sini
February 28th, 2008 at 6:54 pm
catatan dari saudara amat menarik sekali.. dan ini menyebebkan saya beru terfikir untuk merancang masa depan saya. sekarang ini saya amat berminat utk menambah ilmu pelaburan, tapi malangnya sehingga kini, saya belum terjumpa buku pelaburan yg sesuai utk dibaca. bolehkah saudara syorkan buku yg sesuai utk menambahkan ilmu merancang kewanagan/pelaburan.
terima kasih
February 28th, 2008 at 7:23 pm
terima kasih saudara beejan. Ok, InsyaAllah saya akan menyenaraikan segala buku-buku yang selalu saya baca dan saya ingin beli. Ingat! pelaburan yang paling utama ialah ilmu, dengan menghadiri seminar dan membeli bahan bacaan ilmiah, anda akan memperolehi ilmu yang tiada tandingan dan paling berharga di dalam hidup ini. Semoga mencapai kebebasan kewangan.
February 29th, 2008 at 5:43 pm
terimakasih saudara kerana memberi respon. saya amat tertarik ayat saudara mengenai kebebasan kewanagan. pada masa sekarang, dengan hanya makan gaji dan membayar hutang kereta, PTPTN, rumah, bil utiliti, insurans.. pada saya, mungkin sampai pencen la nampaknya hidup saya hanya membayar hutang. pada saya, setakat hari ini, saya masih lagi tercari² jalan kearah kebebasan kewangan. kerana, setakat hari ini juga, saya tidak lagi bersedia menceburi bidang perniagaan. adakah dengan hanya makan gaji, kita mampu mencapai kebebasan kewangan?