Sebelum anda melabur di mana-mana saham, pastikan anda mempunyai `Reserved Fund´yang secukupnya. Ada sesetengah orang kata, dengan memasukkan wang di dalam `Reserved Fund´, wang anda tidak berkembang jikalau dibandingkan dengan pasaran saham, pelaburan hartanah walaupun selamat dan dilaburakan di pasaran saham yang terjaga. Kebanyakan `Reseved Fund´ hanya memberikan pulangan sebanyak 3%-4%. Contoh-contoh `Reserved Fund´ ialah Fix Deposit (FD), ASB dan Tabung Haji.

Bukan saya ingin membantutkan niat anda untuk melabur, tetapi ingin mengingatkan sebelum apa-apa berlaku. Bagi pendapat saya, apa-apa hal pun, kita perlu mempunyai ilmu yang secukupnya tentang apa yang kita hendak lakukan. Hukum alam namanya itu. Sebelum kita pandai berlari, kita mesti belajar untuk berjalan, sebelum kita pandai berjalan, kita sudah semestinya belajar untuk merangkak.

Anda mestilah mempunyai simpanan di dalam `Reserved Fund´ sekurang-kurangnya 3 kali ganda jumlah perbelanjaan anda setiap bulan. Sebagai contoh, anda memerlukan RM3,000 untuk perbelanjaan keluarga anda. Jadinya anda memerlukan RM9,000 untuk disimpan di `Reserved Fund´. Tetapi, kalau anda boleh menyimpan lagi banyak, lagi bagus.

Tujuan anda memerlukan `Reserved Fund´ ini, bukan untuk membuat wang sahaja tetapi untuk memastikan kehidupan kita berjalan dengan lancar . Sebagai contoh, apabila ada sesuatu masalah kecemasan yang berlaku terhadap keluarga anda yang terdesak memerlukan kewangan, anda sudah bersedia. Jika anda tidak mempunyai `Reserved Fund´, cuba bayangkan jika anda berada di dalam keadaan yang `kekeringan´, pasaran saham jatuh, tiada orang untuk menyewa rumah anda ; di mana anda ingin menampung kehidupan keluarga anda?

p/s : Jika anda tidak ada `Reserved Fund´, lupakan sahaja untuk melabur. Anda tidak bersedia.

Artikel diolah daripada :
Azizi Ali – Millionaires Coach -