Tue 5 Feb 2008
Petikan dari Utusan Malaysia Online 5 Februari 2008
PUTRAJAYA 5 Feb. – Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md. Zin berkata, kadar dividen itu meliputi lima peratus bagi dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang diumumkan buat pertama kali.
Menurutnya, kadar dividen tujuh peratus itu membabitkan pembayaran sebanyak RM1.05 bilion kepada pendeposit iaitu yang tertinggi sejak penubuhan Tabung Haji.
Beliau berkata, pembayaran dividen itu akan dikreditkan dalam akaun pendeposit pada 10 Februari ini.
Wahh, nampaknya Tabung Haji pun mempunyai prestasi yang baik pada tahun ini. Di samping dapat menabung kewangan untuk menunaikan haji ke Mekah, kita boleh juga menggunakan Tabung Haji sebagai salah satu altenatif pelaburan. Kalau sudah banyak wang di dalamnya, boleh lah kita pergi menunaikan haji dan umrah banyak-banyak kali. Hehe.