Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan mendatangkan pulangan yang terbaik untuk anda yang baru berjinak-jinak di dalam arena pelaburan. Saya juga masih baru dalam bidang ini, belum sampai juta-juta lemon ringgit lagi. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya juga dalam proses pembelajaran tentang amanah saham terutamanya Unit Trust oleh Public Mutual. Jadi saya melakukan pelaburan dan belajar, supaya saya dapat merasai perasaan seorang pelabur. Chewwahh..

Ok la.. Amanah Saham (Unit Trust) boleh dikatakan sebagai satu penjana sumber kewangan anda, di mana anda melaburkan wang anda untuk mendapat pertumbuhan modal dan pendapatan tahunan. Unit Trust merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membenarkan pelabur-pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan dalam sebuah portfolio sekuriti-sekuriti atau aset-aset lain.

Seorang pengurus dana yang profesional akan melaburkan wang dalam sebuah portfolio yang mungkin termasuk kelas-kelas aset disenaraikan di bawah:

  • Tunai
  • Bon-bon & Deposit
  • Saham
  • Hartanah
  • Komoditi-komoditi

Ia adalah satu pelaburan yangg diluluskan oleh kerajaan dijalankan oleh syarikat kewangan sebagai contoh Public Mutual, CIMB. Pelaburan unit trust ini adalah seperti simpan yang boleh menjana pendapatan apabila jumlah pelaburan itu besar dan banyak dan juga boleh menjadi EPF (Employees Provident Fund) kedua dengan keuntungan yang agak tinggi. Ia juga dapar membantu anda untuk membesarkan dana anda bila anda memerlukan wang tunai yang banyak. Unit trust (Amanah Saham) ini bukan insuran nyawa atau kemalangan. Ia adalah simpan dalam bentuk tunai yang boleh dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh syarikat atau pelaburan sudah matang. Jadi kenapa anda perlu melabur ke tempat yang tidak betul seperti skim cepat kaya. Dengan melaburkan wang anda di dalam unit trust pun boleh menjadi kaya.

Oh ya, lari sekejap topik kita … Semalam saya mendapat pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang dahulunya boleh dikatakan ketua kumpulan untuk pelaburan internet Swisscash. Dia mengajak saya supaya melabur ke dalam satu syarikat sdn.bhd yang baru sebagai Share Holder syarikat tersebut. Dengan hanya melaburkan sebanyak RM5000 sahaja, tiap-tiap bulan saya akan menerima RM1000 katanya. Saya dikehendaki mengeluarkan wang tersebut setelah tempoh 18 bulan. Jika anda sedar, ia seperti pelaburan internet kan? seperti Swisscash, wilifund dan lain-lain. Tetapi yang pelik sekarang, meraka rasanya tidak lagi bergerak secara online tetapi secara offline. Saya menanyakan orang tersebut, ada laman web syarikat tak? Supaya saya boleh lihat segala porfolio, aktiviti syarikat dan segala profil syarikat. Apa jawapannya? Hehe.. Atas nasihat Bank Negara Malaysia, syarikat kami dinasihatkan supaya tidak membuat laman web. Ada ke??? Saya pun tidak pasti, tetapi sama-samalah kita fikirkan. Pelaburan sememangnya berisiko, tetapi kita boleh berfikir pelaburan yang mana yang selamat! Kadang-kadang terdapat orang kita nih, pakai masuk je mana-mana pelaburan tertumanya pelaburan internet, setelah dinasihatkan, masih berdegil dengan mengatakan :

Semua pelaburan pun berisiko, lantak aku la, aku punya duit, aku punya suka lah nak buat apa dengan duit tu. (Paradigma songsang tentang pelaburan)

TAHUKAH ANDA?

  • Ramai rakyat Malaysia kini tertipu dengan pelaburan-pelaburan yang haram di sisi undang-undang Malaysia, dengan harapan mendapat keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Sedangkan kerajaan telah membuka ruang dan platform pelaburan yang sah.
  • Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam unit trust? Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan unit trust tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam unit trust dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.
  • Jika anda melabur = RM2,000 >>> Untung = 20% setahun, dalam masa 20 tahun, duit pelaburan RM2,000 anda akan menjadi = RM2,000 x (1 + 20%)20 = RM76,675.20 SUNGGUH LUMAYAN!!
  • Jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000 manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2022 = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70 Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak!…

Jika anda benar-benar ingin menikmati pulangan lumayan dari sistem penjanaan wang untuk masakini dan akan datang, inilah pelaburan yang sah disisi undang-undang malaysia. Mulakan langkah pelaburan bijak anda dengan Pelaburan Unit Trust.