895440_-global_team.jpgStatistik menunjukkan sebanyak 90% daripada perniagaan baru gagal dalam masa 5 tahun. Statistik juga menunjukkan 90% daripada 10% yang berjaya bertahan selama 5 tahun itu, gagal sebelum ianya menyambut ulang tahun yang kesepuluh. Dengan erti kata lain, dianggarkan 99% daripada semua yang memulakan perniagaan gagal setelah 10 tahun. Kenapa? Sebabnya terlalu banyak untuk disenaraikan, tetapi antaranya ialah:

  • Sistem persekolahan sekarang memberi latihan kepada pelajar untuk menjadi pekerja yang mencari pekerjaan, bukan mendidik mereka menjadi usahawan yang mencipta peluang pekerjaan dan lebih banyak perniagaan.
  • Kemahiran untuk menjadi pekerja yang bagus tidak sama dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang bagus dan terkenal.
  • Kebanyakkan usahawan gagal untuk membina perniagaan, sebalikanya bekerja keras membina satu pekerjaan untuk diri mereka sendiri. Mereka bekerja sendiri berbanding mempunyai perniagaan sendiri. (Menurut Inc.500 sebuah perniagaan seharusnya memiliki sebanyak 500 orang pekerja. Jadinya, untuk mengatakan anda mempunyai sebuah perniagaan atau anda adalah seorang ahli perniagaan, terdapat 500 orang yang bekerja untuk anda. Walaupun anda tidak bekerja, anda tetap akan mendapat pendapatan bulanan.)
  • Kebanyakkan usahawan baru bekerja lebih masa dan membayar sedikit untuk diri sendiri berbanding pekerja sendiri. Jadinya, mereka akan lemah semangat kerana penat.
  • Kebanyakkan usahawan baru bermula dengan sedikit atau tiada langsung pengalaman tentang perniagaan yang mereka ceburi (seperti menceburi bidang MLM, tanpa mengetahui apa maksud MLM yang sebenarnya) dan kekurangan ilmu mengenai kawalan kewangan
  • Banyak usahawan mempunyai produk atau perkhidmatan yang bagus tetapi tidak mempunyai kemahiran berniaga bagi membina perniagaan yang berjaya.