CF101Pernah tak anda mendengar CASHFLOW 101 Board Game? Saya percaya anda di antara anda sudah pun bermain permainan ini. Best bukan? Boleh saya katakan, permainan ini merupakan satu alat bagi saya untuk mengukur kemajuan saya dalam ilmu ‘permainan’ kewangan yang mana ianya tidak mempunyai kesudahan. Ramai antara rakan-rakan saya setelah membaca buku Rich Dad Poor Dad, hasil tulisan penulis bestseller Robert Kiyosaki, telah menukar persepsi kerjaya mereka dan ingin menjadi usahawan. Ia merupakan satu ‘wake up call‘ bagi sesetengah orang dan memberikan kesan terhadap kehidupan mereka. Sekarang apa yang perlu anda buat ialah BERTINDAK!

Buku Rich Dad Poor Dad hanya boleh memberikan kita kesedaran bahawa pentingnya ilmu kewangan dan perniagaan. Mungkin ada di antara anda, tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk berjaya dalam kedua-dua aspek ini dan masih takut-takut untuk menceburi bidang perniagaan. Jadi, permainan ini direka khas untuk mengajar anda kedua-dua ilmu ini secara praktikal. Ia merupakan sebuah pengalaman kewangan yang tidak ternilai yang dimampatkan ke dalam satu permainan.

VIDEO CASHFLOW 101

Dengan CASHFLOW 101 BOARD GAME :-

  • Meningkatkan kebolehan anda dalam ilmu kewangan untuk membaca penyata kewangan (mengetahui mana aset dan liabiliti)
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi untuk berunding mengenai urusan perniagaan
  • Memberanikan diri untuk mempunyai kredit yang baik untuk menambahkan lagi kekayaan
  • Mempunyai impian, mencipta matlamat, merancang strategi  dan taktik yang effektif untuk mencapai impian
  • Menambahkan keyakinan diri untuk berurusniaga
  • Dapat mengenali peluang disekeliling anda setiap hari untuk menjadi kaya dan bahagia
  • Keluar dari RAT RACE!
  • Mengumpul lebih banyak aset untuk menjana pendapatan pasif
  • Melatih duit anda untuk bekerja keras untuk anda
  • Meningkatkan kebijaksanaan kewangan
  • MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN!

Permainan ini akan mengubah mindset kewangan sesiapa sahaja yang bermain , tidak kira mereka masih baru dalam memahami ilmu kewangan ataupun merupakan usahawan atau pelabur yang berjaya.

“The more you play the game the richer you become”. – Robert Kiyosaki