Saya ingin berkongsi kisah tauladan dengan anda..

Saya didatangi seorang pelajar (graduated student in Chemistry) yang beriya-iya menyampaikan hajatnya.

“Puan, boleh tak nanti perkenalkan saya dengan mana-mana jenis bisnes? Saya nak bisnes lah. Saya tak minat nak kerja dalam bidang yang saya pelajari…”

Saya baru menarik nafas untuk menjawab soalannya. Tetapi dia lebih pantas memotong..

“….tapi saya tak nak jual ubat lah, tak retilah nak jual barang.. Saya nak bisnes lain, yang penting bukan jual barang…” (dia kata tak mahu jual barang kerana dia tahu saya buat MLM – menjual supplements).

Oh, saya terpegun dan rasa nak ketawa dengan hujah budak ni. Saya sedih dengan pengakuan seperti ini. Saya menjawab dengan penuh kasih sayang…

“Kalau awak tak mahu menjual barang, hatta sebatang pen sekalipun, bolehkah awak bisnes hal-hal lain..? Menjual barang adalah asas kepada kemahiran bisnes manusia adikku. Itulah bisnes yang paling mudah di dunia.…”

Dia terdiam…

Oh, saya tidak hairan mengapa ramai sangat mengeluh, merungut, mencebik dan berputus asa. Itu kerja yang senang! Memang mudah mengkritik, menghentam dan merungut. Ia tidak memerlukn usaha, wang atau fikiran yang tajam. Sebab itulah mereka tidak akan tersenarai dalam senarai “Mereka yang terkaya di Malaysia” hatta “Mereka yang terkaya di Kampung X” pun….

Tahukah para pengkritik ini, semakin kuat mereka mengkritik, itu akan menyebabkan mangsa kritikan semakin BERSEMANGAT, KUAT, RAJIN, TEKUN, KERJA 18 JAM SEHARI, LEBIH RAJIN BERIBADAT dan ‘IMUN’? Dan akhirnya jauh terkehadapan berbanding para pengkritik ini. Saya nak jerit dan berkata “Alahai, anda hanya membuang masa! Kasihannya anda, nanti saya belanja minum di Starbucks atau di Cafe Cat Ruffedge di Bangi kerana masa anda banyak terbuang demi menguatkan kedudukan saya…”

Eh, itulah faedahnya para pengkritik kan…. thanx beb!