Individu yang terikat dengan kerja rumah boleh memikirkan untuk bekerja di dalam bidang telekomunikasi atau freelancing (pekerjaan bebas – eik betul ke terjemahan ini?). Online freelancing adalah satu pekerjaan yang terbaik untuk menambah kewangan keluarga jika anda terpaksa untuk duduk dirumah untuk menjaga anak dan sebagainya. Sebagai contoh, interior designer, architek, pelajar separuh masa, orang yang sudah pencen, surirumah ataupun sesiapa yang ingin menambah kewangan daripada kerja atau perniagaan boleh dikatakan sebagai seorang freelancer.

Set kepakaran yang perlu ada (Requirements)
Anda boleh memulakan kerjaya sebagai freelancer dan menambah pendapatan sekiranya ada seseorang yang ingin membayar atas kepakaran atau perkhidmatan anda. Sebagai contoh, penulis, pereka laman web, jurukamera dan pereka perisian komputer boleh memperolehi pendapatan tambahan dengan hanya menulis artikel-artikel, mereka bentuk laman web, portfolio dan perisian dengan hanya duduk dirumah sahaja. Kemudahan internet sekarang ini begitu panas dan merupakan sumber pendapatan bagi freelancer dari segenap corok dunia. Anda mempunyai ramai pelanggan seperti webmasters, perniaga online, pemilik blog dan sebagainya. Kita ambil contoh terdekat, blog dan wiki ialah sumber pendapatan yang paling menarik bagi penulis freelance sekarang dan tiada alas an untuk anda menyatakan ‘tidak’ jika anda mempunyai kepakaran dalam bidang penulisan. Selain itu, anda juga boleh menjual hasil tulisan anda sebagai ebook yang menjadi satu sumber informasi yang utama sekarang ini. Tulis mengenai apa sahaja yang anda mempunyai kepakaran tentangnya.

Pendapatan freelance

Pendapatan anda mengikut tempahan atau perkhidmatan yang anda berikan pada bulan itu. Serupa dengan perniagaan lain, freelancing tidak menjamin pendapatan yang stabil setiap kali akhir bulan. Seelok-eloknya anda mempunyai simpanan (jika anda ingin bergiat secara serius dalam freelancing) atau anda mempunyai pekerjaan separuh masa yang lain. Jika anda sudah mempunyai pekerjaan, dan baru ingin menceburi bidang freelancing, saya nasihatkan tidak mengambil keputusan untuk berhenti dan membuat freelancing secara separuh masa dahulu. Cuba selami kerjaya sebagai seorang freelancer. Sedia untuk menghadapi kebosanan, tahap kerja permulaan yang rendah untuk mengukuhkan cash flow perniagaan anda. Tetapi apabila anda mempunyai reputasi sebagai pemberi khidmat yang original, berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, ramailah pelanggan yang berpusu-pusu ingin mendapat perkhidmatan anda.

Kebaikan freelance

Mungkin sesuatu yang menarik tentang freelancing ialah anda boleh bekerja mengikut ‘pase’ anda sendiri, mengikut masa sendiri, sentiasa berada dirumah ‘rumahku syurgaku’ dan jadi boss sendiri. Ini bermakna, pernigaan anda beroperasi 24 7 sekiranya anda dapat memberi kualiti kerja yang bagus dan memenuhi tarikh akhir ‘submission’, pelanggan anda akan sentiasa gembira dengan anda.

Bagi menampakkan pernigaan anda ‘nyata’, anda perlu dapat dilihat atau didengar di tempat yang sesuai, contohnya di forum, blog, online group. Luangkan masa setiap hari untuk melawat laman web tersebut atau anda boleh mendaftar di laman web freelance seperti Elance.com, Getafreelancer.com dan sebagainya jika anda ingin memberi perkhidmatan ke seluruh dunia.

Saya menyarankan jika anda mempunyai sebarang perniagaan, tulislah blog supaya pelanggan anda dapat berkomunikasi dengan anda dan menjadikan perniagaan anda nyata di alam maya. Di dalam blog tersebut, tulis artikel-artikel yang berkaitan dengan perniagaan anda dan apa sahaja. Di blog anda boleh menulis secara informal dan menimbulkan suasana ‘friendly’ dikalangan pengunjung dan pelanggan anda.

Sebagai kesimpulan, perniagaan freelancing adalah salah satu cara terbaik untuk membuat duit dari rumah dan bekerja dengan diri anda sendiri. Lebih-lebih lagi kepada surirumah sepenuh masa. Jangan anda tak tahu, ramai surirumah sekarang ini membuat pernigaan online dengan menjual kepakaran masing-masing seperti membuat penghantaran home made cake terus ke rumah.