Dah baca artikel H.U.T.A.N.G Part 1? Itu sebenarnya mukadimah. Kali ni saya nak cerita tentang hutang dalam bisnes.

Hutang sangat merbahaya dalam perniagaan. Ya, peraturan atau tips ini semua orang yang bisnes secara serius akan faham dan mengakuinya. Hutang dalam bisnes boleh membuatkan kita kerugian besar dan paling parah bankrap! Berikut adalah 2 kisah berkenaan HUTANG!

1) Ayah saya adalah seorang peniaga suatu ketika dahulu kerana mewarisi kedai tersebut daripada arwah datuk saya yang bekerja keras membina syarikat Sdn. Bhd. Perniagaan arwah datuk (yang terus diwarisi oleh ayah) meliputi kedai runcit, syarikat padi dan kelapa kering dan getah (sekitar tahun 1950 hingga 1980-an bisnes padi, getah dan kelapa paling menguntungkan). Namun, akibat terlalu banyak orang yang berhutang di kedai runcit, perniagaan bapa saya terpaksa ditutup akibat kekurangan modal pusingan. Kejatuhan ini berlaku sekitar tahun 1998 dan sehingga kini saya masih merasai betapa peritnya kehidupan pada waktu itu. Dan sampai sekarang buku-buku hutang masih lagi ayah simpan di rumah. Banyak dan besar-besar saiznya! Yang kesiannya orang-orang yang berhutang tu kebanyakannya dah arwah pun. Akibat daripada angkara HUTANG itulah ayah saya hilang bisnes dan kena bekerja di kilang perabot dan stesen pam minyak. (Tapi sekarang keluarga kami dah okay, alhamdulillah).

2) Anda ada rumah sewa? Sekiranya penyewa kerap sangat tangguh membayar sewa, anda perlu berjaga-jaga. Macam seorang ibu kawan saya ni, dia ada sebuah apartment yang strategik tempatnya di Kajang dan menawarkan untuk menjual apartmen tersebut kepada saya dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa. Saya tanya kenapa tak ikut harga pasaran (yelah, saja tanya sebab mana ada orang yang nak jual rumah dengan harga rendah berbanding harga pasaran kan. Mana tahu rumah tu ada misteri apa-apa ke). Rupa-rupanya apartmen tersebut sedang diduduki oleh sebuah keluarga yang dah setahun tak bayar sewa dan ibu kawan saya ni dah tak sanggup nak tanggung bayar loan rumah setiap bulan buta-buta gitu je! (yelah, siapa tahan kan). Malahan sebelum berlaku kes tak bayar langsung sewa ni, si penyewa ni kalau bayar sewa pun ikut suka-suka hati dia nak bayar berapa-berapa aje dia suka. Wah ni kira dah kes aniaya ni. Ibu kawan saya ni dah beberapa kali cuba berunding dengan si penyewa supaya tinggalkan rumah tersebut dan tetap bertimbang rasa dengan bagi banyak kali peluang untuk cari rumah baru. Tapi lama kelamaan si penyewa suami isteri ini semakin ganas dengan pandai mengeluarkan kata-kata tak elok kepada ibu kawan saya. Eh, dah terbalik ni. Patutnya tuan rumah yang marah dia sebab duduk free hampir setahun!. Ini tuan rumah pulak yang kena herdik. Tak patut kan. So, macam mana saya nak beli apartmen kalau masih ada orang duduk. Takut pulak kalau saya beli nanti penyewa tu tetap tak nak keluar juga. Saya pulak kena tanggung masalah yang sama. So, sampai sekarang urusan jual beli ni pending. Kesian ibu kawan saya ni. Kerugian yang teruk ada penyewa dari neraka yang berhutang beribu-ribu ringgit (istilah penyewa dari neraka ni Azizi Ali yang bagi bukan saya ye).

Begitulah 2 kisah sahaja yang boleh saya kongsikan. So, dalam bisnes jangan amalkan bagi hutang tak bertempat terutamanya kalau orang yang berhutang tu suka berhutang banyak kali. Bagi hutang kena bertempat dan kepada yang layak. Bukan kedekut. Cuma tak mahu terjadi macam dua kisah yang saya ceritakan tadi.

Wassalam.