Idea Perniagaan 1 : Majalah Kampus anda

Anda minat menulis? Anda bercita-cita menjadi editor? Anda mempunyai pengetahuan dalam bidang penulisan, fotografi atau mereka cipta grafik? Jadi anda sesuai untuk melakukan perniagaan ini. Perniagaan yang boleh dilakukan dengan modal yang kecil.

Kos Start Up : RM500 – RM2000
Tempat : Anda boleh melakukannya di rumah anda sendiri ;)
Sepenuh masa/separuh masa : Ikut masa free anda. Selalunya sebagai student, apa-apa yang kita lakukan semuanya part-time. yang paling penting ialah pelajaran dan kuliah kita.
Jenis Operandi : Boleh dilakukan online (e-majalah dalam bentuk .pdf) ataupun offline (majalah – memerlukan kos pencetakan).

Kampus universiti anda telah mempunyai majalahnya sendiri? Jangan khuatir, majalah yang ada sekarang tidak semestinya bagus ataupun takkan tiada ruang lansung untuk kemunculan majalah generasi baru. Mungkin anda boleh menunjukkan bakat anda yang dapat mengeluarkan majalah yang boleh menarik golongan muda dengan artikel yang terkini. Majalah ini anda boleh lakukan secara dua kali sebulan ataupun sebulan sekali dan diedarkan secara percuma ke seluruh kampus dan komunitinya. Eik, mana hendak dapat duit nih? Jual ruang iklan di dalam majalah tersebut kepada perniaga-perniaga tempatan. Iklan kedai fotostat, iklan rumah sewa dan pelbagai lagi. Maklumat dan artikel yang diterbitkan di dalam majalah mestilah menumpukan kepada isu-isu semasa kampus dan artikel-artikel remaja (seperti fesyen, komputer, perniagaan dan sebagainya). Kebanyakan maklumat ini boleh didapati melalui pelajar sendiri, pembaca atau penulis freelance secara percuma.

Selain dapat menambah pendapatan anda, anda juga boleh mengilap bakat anda atau business partner anda, disamping  mengalakkan generasi membaca dikalangan masyarakat kita. Selamat mencuba ;)

Contoh : Campus Life Magazine

Pin It

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>