Thu 19 Nov 2009
95% perniagaan kovensional gagal setelah beberapa tahun beroperasi
95% syarikat MLM gagal memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengedar
95% pengiat MLM gagal untuk mencapai impian mereka
YA! sememang ini amat menakutkan kepada sesiapa yang ingin meceburi bidang perniagaan. Sebenarnya kesemua yang gagal ini mempunyai sesuatu yang sama dan banyak yang berjaya juga dalam perniagaan mempunyai persamaannya juga.
Fikirkan…
- Dunn & Bradstreet menyatakan bahawa 95% perniagaan yang berjaya kerana membuat pengiklanan yang effektif
- Buku ”E-Myth” menyatakan bahawa 95% syarikat yang berjaya kerana mempunyai sistem pemasaran yang terbaik
- Buku ”Cash Flow quadrant” menyatakan bahawa 95% perniagaan yang berjaya kerana menggunakan struktur petak B/I iaitu (Business and Investor)
- Jika anda mengaplikasikan prinsip-prinsip di dalam “Think and Grow Rich” anda mempunyai 95% untuk berjaya
Keempat-empat prinsip ini mempunyai kadar kejayaan yang sama. Jikalau saya jumlahkan, 95% x 4 prinsip = 390% kadar kejayaan. Jadinya, jika anda menggunakan keempat-empat prinsip yang disebutkan, anda mempunyai 390% kadar kejayaan yang mana perkara ini SUNGGUH MUSTAHIL! Tak kira perniagaan apa yang anda lakukan, di mana sahaja anda lakukan, bagaimana anda lakukan, anda tetap mempunyai 100% kadar kejayaan.
Robert Kiyosaki, menyatakan 9 daripada 10 perniagaan akan gagal. Dan sewaktu beliau ingin memulakan perniagaan, beliau akan merancang untuk menjalankan 10 perniagaan satu per satu yang mana, beliau tahu 1 perniagaan akan pasti berjaya.
Beliau sudah bersedia untuk menjalankan perniagaan dan menempuh kegagalan sebanyak 9 kali. Setiap kegagalan yang beliau tempuhi, pasti beliau mempelajari sesuatu yang tidak dapat belajar di mana-mana termasuk universiti sekalipun. Sewaktu beliau memulakan perniagaan yang kesepuluh, beliau sudah tahu persamaan perniagaan-perniagaan yang berjaya.
Jadi, sudahkah anda bersedia untuk gagal? huh.. pelik sungguh bunyinya.
p/s: rentetan daripada Preveiw Peopleprenuer Biz School semalam yang bertajuk Mengapa Ramai Usahawan Gagal Jadi Jutawan oleh Dr. Irfan Khairi, Abg Abu dan Dato’ Dr. Azman Ching. Malam yang paling seronok buat PBS2 kerana ada majlis graduasi :) good luck to all PBS member.
November 20th, 2009 at 12:27 am
Tahniah Najib, dah graduasi dah… aku baru nak berjinak2 jer… tapi memang mantap… tgk abg Najib kita jer pun dah cukup mantap… lum tgk yang lelain lagi…
December 4th, 2009 at 4:14 pm
Totally agree wif u bro! sib baik kenal masa muda lagi..klu kenal da kerepot, rugi gle da time tue..at least naik sama2..hehe
December 5th, 2009 at 11:56 am
haha.. time kerepot dah dok diam dah. takde ANTU-ANTU lagi dah.. duduk kat kerusi jongkang jongket je ler.. Kalo muda2 dah ligat, insyaAllah mase tua nanti dah boleh bersara dengan senyuman, tak susahkan org lain.
December 7th, 2009 at 3:10 pm
Retire Rich Retire Young!
Itu yang kita mahukan bro. Moga projek-projek yang kita rancangkan berjalan dengan jayanya.Amin.