Di dalam sesuatu perniagaan, khidmat pelanggan yang cekap amat diperlukan untuk berjaya. Bukan sahaja di dalam perniagaan online malah offline juga perlu menyediakan khidmat pelanggan yang cekap. Sudah semestinya bakal pelanggan akan berasa senang berurusan dengan kita. Jika anda mahir sekalipun dalam mempromosikan perniagaan anda, baik online (E-mail marketing, Search Engine Optimization) mahupun offline (Brochure, flyers ect.) , ianya adalah sia-sia jika anda mengabaikan khidmat pelanggan.

A happy customer will tell one or two people; an unhappy one will tell 10!

Ingatlah kata-kata ini sebelum anda membuat kesalahan iaitu mengabaikan khidmat pelanggan. Jadi selalulah membuat pelanggan anda gembira apabila berurusan dengan anda.

Ada beberapa langkah untuk mempunyai khidmat pelanggan yang cekap dan langkah ini lebih sesuai untuk diaplikasikan di dalam perniagaan online.

  1. Jalankan proses jualan anda secara automatik agar pelanggan anda berasa selamat dan tahu status penempahannya. Langkah ini anda boleh lakukan dengan ‘autoreponders’. Sebagai contoh, mengucapkan terima kasih atas pembelian online meraka, status produk dan mengalu-alukan kedatangan dan langganan mereka.
  2. Buat satu laman FAQ di laman web jualan anda. Sediakan maklumat yang selengkapnya, jadinya anda telah mempunyai jawapannya sebelum pelanggan bertanya.
  3. Mudahkan cara pelanggan anda menghubungi anda. Dengan menyediakan ‘Contact Form’ akan memudahkan meraka menghubungi anda. Letakkan nombor telepon, memudahkan pelanggan yang ingin mendapatkn informasi dengan segara. Ingat! Maklumat ini jangan diletakkan di tempat terselindung yang menyulitkan para pelanggan. Seelok-eloknya letak di setiap laman, mungkin anda boleh cuba meletak nombor telepon anda di ‘header’ laman web anda ;) macam yang dilakukan oleh Team Saifulsham.
  4. Bertanya kepada pelanggan bagaimanakah anda boleh memperbaiki khidmat pelanggan anda.

Ingat, perkhidmatan pelanggan yang cekap tidak memerlukan kos yang banyak. Anda tidak perlu berbelanja dengan memberi produk-produk dengan percuma atau diskaun yang banyak. Dengan satu isyarat yang kecil seperti mengucapkan terima kasih atas pembelian mereka membolehkan anda menarik minat pembeli tadi untuk melakukan pembelian untuk seterusnya.