Jika kita dengar, sesuatu yang 99% sudah cukup baik dan memadai. Sikit sahaja hendak 100%. Ingatlah bahawa 1% tersebut membawa erti yang besar di dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan seharian kita. Cuba anda bayangkan, jika anda hanya mendapat 99% perkhidmatan daripada sesiapa; Jadinya ……

a) terdapat 4 hari dalam setahun ; tiada surat khabar, tiada berita
b) terdapat 15 minit dalam sehari ; rumah anda tidak mempunyai kuasa elektrik ; rumah anda tiada bekalan air bersih ; jaringan internet dan telepon tergendala
c) ….. ataupun hampir beribu-ribu kereta akan rosak setiap hari akibat brek yang rosak

Jadi, apa yang akan terjadi jika ini berterusan ….

a) kos ganti rugi akan berganda
b) pelanggan akan komplain
c) hilang daya jualan
d) imej syarikat anda akan terjejas

Jadi adakah pelanggan anda tidak begitu penting?

Artikel mengenai Kualiti dari Utusan Malaysia Online : Kualiti: Proton tidak mahu mengulangi kesilapan.