public-mutual.jpgBagi saya, untuk mengetahui bila masa yang tepat untuk membeli unit amanah dan unit amanah yang mana satu, boleh dikatakan lebih mudah berbanding mencari jawapan, apabila seseorang menanyakan waktu yang sesuai untuk menjual unit amanah yang meraka ada. Kadang-kadang ada di antara meraka yang silap memilih waktu untuk menjual dan sepatutnya unit amanah tersebut di simpan dalam tempoh yang lebih lama atau tertentu. Berikut adalah beberapa tempoh masa yang patut anda fikirkan untuk menjual unit amanah tersebut:

a) Apabila anda tidak mempunyai duit, sehinggakan anda tidak mempunyai duit belanja untuk anda sekeluarga -  memang sadis sekali jikalau kita berhadapan dengan situasi begini. Tetapi nasihat saya, jika anda ada pelaburan, sebaik-baiknya anda keluarkan dan jualkan ia. Sanggupkah anda melihat kehidupan keluarga anda sengsara? Lagipun unit amanah masih lagi mempunyai risiko yang tertentu. Jika untuk masa yang akan datang, pasaran saham menjunam, anda akan lebih lagi kehilangan wang. Tetapi mungkin dalam keadaan pasaran yang baik, anda mungkin boleh berfikir dua tiga kali untuk menjualnya. Mungkin anda mempunyai jalan lain untuk mendapatkan sumber kewangan, iaitu meminjam dari kawan atau bank. Pastikan kadar faedah yang ditetapkan oleh bank adalah rendah, agar anda tidak mengalami kesusahan yang berganda di kemudian hari.

b) Pertukaran Pengurus Unit Amanah yang baru -  bukan kita tidak percayakan pengurus unit amanah yang baru, tetapi berikan sedikit masa untuk kita mengetahui kepakarannya dalam mengendalikan dana ini.

c) Objektif dana telah ditukar - apabila objektif dana telah ditukar, ianya akan bercanggah dengan motif pembelian anda terhadap dana tersebut. Jadi, masa yang sesuai untuk anda menjualnya.

d) Prestasi dana yang rendah -  Anda perlu berhati-hati dalam mengukur prestasi dana amanah. Periksa dana amanah yang lain yang sama objektif iaitu prestasi dana untuk 1 tahun, 3 tahun mahupun 5 tahun. Setelah anda membuat pembezaan terhadap dana-dana ini, jika anda dapati dana anda berada di bawah prestasi, jadi sudah masanya untuk anda jual atau bertukar ‘switch’ ke dana yang lain.

e) Anda bertukar status - Bertukar status dari bujang ke berkahwin, atau berkahwin ke mempunyai anak-anak.  Kerana anda telah mempunyai lebih tanggungan, dan sekarang anda mengurangkan risiko pelaburan anda. Tetapi jika anda mampu mengawal kewangan anda seperti biasa, jadi anda tidak perlu menjual dana anda, jika berada dalam prestasi yang baik.