Langkah Pertama untuk perniagaan anda.

Ramai di antara kita yang mahu mereka sendiri produk dan berhempas pulas memikirkan jenis produk yang hendak diniagakan termasuk juga saya sewaktu ketika dahulu. Kononnya untuk mencipta produk yang tiada lagi di pasaran supaya ramai yang berpusu-pusu untuk membeli produk itu daripada anda. Pernahkah anda mempunyai idea yang tidak pernah dibuat orang? Adakah anda merasakan idea anda bagus?

Saya pernah terbaca satu artikel dalam sebuah majalah perniagaan yang menyatakan, jika anda sangka ‘idea yang tidak pernah dibuat orang’ anda itu bagus, ia sebenarnya tiada pasaran bagi idea anda. Bak kata orang putih ‘lack of competition’. Jadi tiada permintaan terhadap idea atau produk tersebut.

Digg
Del.icio.us
RSS

Terdapat beberapa faktor yang membawa kejayaan kepada sesuatu idea atau produk iaitu :

1) Kemampuan produk anda – adakah ia mampu menjana pendapatan anda

2) Orang-orang disebalik idea ini – partner yang betul

3) Sumber yang anda perlukan untuk melaksanakan idea anda – pengetahuan, networking anda dengan orang-orang

4) Permintaan produk di pasaran

5) Saingan yang sihat – Adakah pasaran produk tersebut penuh sesak dengan pesaing-pesaing? Jika demikian, apa yang perlu anda lakukan mengatasi mereka?

Langkah yang perlu anda lakukan sebelum melaburkan duit anda terhadap idea anda :

1) Lakukan kajian terhadap produk yang sama. Sekali lagi, jika tiada produk yang sama dengan anda, maka kemungkinan tiada pasaran untuk produk tersebut. Jikalau memang benar-benar tiada kesamaan dengan produk lain, buat kajian terhadap produk yang mempunyai tujuan yang sama.

2) Buat kajian terhadap pesaing anda (pesaing kecil dan juga besar).

3) Tahu pelanggan sasaran anda.

Nasihat saya, untuk menetapkan perniagaan anda, ikut akal fikiran anda, bukannya gerak hati anda. Buat suatu perniagaan yang anda betul-betul mahir dalam produk tersebut.