Sat 14 Jul 2007
Eik, macam bunyi tips satu minit Irfan Khairi pulak. Hehe. Saja nk berkongsi maklumat mengenai teknik menjual. Saya menulis ini banyak berpandukan pengalaman saya dengan Network Marketing. Apabila menjual, anda hanya mempunyai satu minit untuk menarik minat prospek anda.
Sebelum membuat jualan
Ingat! Pembeli sekarang lebih ‘educated’ daripada dahulu. Apa yang perlu anda tahu ialah pemahaman mengenai dunia prospek anda dan cara yang terbaik ialah menanyakan soalan yang menduga akal. Satu cadangan saya ialah setiap daripada kita sepatutnya menanyakan lebih banyak soalan dan kurangkan bercakap. Apabila berinteraksi dengan prospek anda, anda perlu memahami, apa yang berlaku di dalam dunia seseorang itu. Selepas itu barulah idea anda diterima dan difahami oleh prospek itu.
1 Minit
Hadkan masa percakapan anda. Pastikan ia kurang daripada 60 saat. Jangan bercakap lebih 60 saat tanpa menanyakan persetujuan untuk meneruskan penerangan anda. Persetujuan akan datang apabila anda soalan. Soalan-soalan (open-ended question) mestilah :
1) Bukan soalan yang hanya boleh dijawab `ya´ atau `tidak´
2) Jangan
3) Wujudkan sessi berdialog
4) Mulai dengan `bila´, `apa´, `bagaimana´, `kenapa´ atau `di mana´
5) Memerlukan pemikiran untuk dijawab.
6) Menggalakkan orang lain untuk mendedahkan perasaan.
7) Membina hubungan baik.
Ermm. Saya rasa cukuplah sekadar ini sahaja. Esok saya akan menyambung untuk artikel ini. Jadi fikir-fikirlah, apa bentuk soalan yang perlu ditanyakan kepada prospek anda. INGAT! Catatkan soalan-soalan tersebut di atas kertas supaya anda boleh membaca pada bila-bila masa. Lebih banyak soalan, lebih bagus.