Fri 25 Apr 2008
Tiada Modal perniagaan?
Carilah duit untuk dijadikan modal perniagaan. Banyak alternatif untuk mendapatkan modal; pinjaman bank, ah long, PAMA (mak bapa), cari harta karun, minta orang dan banyak lagi. Jadi jika anda sudah cuba bermacam cara untuk mencari modal, tetapi gagal. Tidak mengapa, cuba berfikir sejenak, apa kekurangan anda. Tetapi ingat, anda boleh mendapat ‚modal’ perniagaan yang lebih penting dan dengan kos yang murah. Modal yang saya katakan ialah modal ilmu pengetahuan. Dalami kemahiran yang anda akan gunakan untuk perniagaan anda.
Di mana hendak perolehi kemahiran tersebut?
Jawapannya senang sahaja, baca buku atau majalah berkaitan dengannya. Baca satu hari satu buah buku. Menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pakar. Atau sambung pelajaran anda ke pringkat yang lebih tinggi.
Hendak beli buku dan majalah, kena duit juga!?
Ilmu terdapat di mana-mana, anda boleh membacanya di perpustakaan dengan percuma! Mengapa perlu membelinya. Sewaktu membaca catatkan perkara penting. Lagipun saya rasa membeli sebuah buku yang berharga RM 39.90 boleh menyelamatkan anda beribu-ribu ringgit. Penuhkan ilmu di dada. Pakar pengurusan kewangan, Azizi Ali berkata, beliau membaca beribu-ribu buku sebelum menjadi jutawan. Anda bagaimana? Ingat anda mempunyai pelepasan cukai sebanyak RM1000 untuk pembelian buku.
Mana ada masa hendak baca buku, nak-nak yang tebal-tebal tu?
Masa berkadar terus dengan risiko. Jika anda luangkan sedikit masa untuk sesuatu benda, mungkin anda mempunyai risiko kegagalan yang teruk. Jika anda memberikan masa untuk mempelajari, melihat, membuat analisa, pasti anda akan berjaya, biarpun jatuh beberapa kali.
Adus, susahnya kalau tiada duit.. hendak buat perniagaan pun susah. Ada ke suruh baca buku pula, dah la aku malas baca. Macam mana nih ?
Jika anda ada duit untuk dijadikan modal, tetapi tiada ilmu mengenai apa yang anda akan buat, saya nasihatkan supaya anda simpan sahaja duit anda di dana amanah. Kurang risikonya. Jika anda malas, belum mulakan perniagaan pun, perniagaan akan lingkup. Masih ada alasan lagi? Memang! Semua orang hendak jalan senang, tiada seorang pun hendak melalui jalan susah. Jadi, jika anda seorang yang suka memberi alasan, duduk diam dan jangan lakukan apa-apa. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
June 20th, 2009 at 12:20 pm
pengalaman, ilmu, lokasi, mentor dalam perniagaan yang berkaitan pun ada…pendek kata semuanya ada tp….cuma duit tiada…nama dah blacklist…umur dah meningkat nak buat pinjaman pun kena modal asas rm10,000 jugak…so,macammana…ha..
December 8th, 2009 at 12:14 pm
Ini dia panduan percuma untuk mendapatkan modal perniagaan. ok jugak nampaknya. http://www.rahsiamodal.com/index.php?ref=idmodal