Wed 8 Apr 2009
Dalam bisnes banyak dugaannya
Ingat senang ke
Boleh buat kita menangis, marah dan geram
Kadang-kadang kena buli
Aku dah laluinya
Hujan, ribut, salji, musim luruh, panas menyengat
Ada indah, ada pahit, ada manis
Aku serahkan segalanya pada Allah
Itupun setelah aku berusaha
Memperbaiki apa yang salah kepada yang benar
Paling perit adalah nak menegakkan kebenaran
Yang benar itu pahit untuk dinyatakan
Yang benar itu selalunya sukar mendapat sokongan
Yang benar itu banyak dihambur caci maki
Yang benar itu selalunya dipinggirkan
Yang benar tak semestinya orang boleh terima
Yang benar itu selalunya orang bodoh cuba terbalikkan
Maka jadilah yang benar itu nampak salah
Yang salah pula nampak macam benar
Eh biar betul
Gila ke dunia ni
Yang salah selalunya dapat sokongan
Dapat sanjungan
Dapat perlindungan
Dapat pujian
Memang tak adil
Itulah perbuatan orang munafik
Egois dan perasan bagus
Mungkin betul kata Najib
Orang macam tu akan sentiasa berada di takuk lama
Tak akan maju
Apatah lagi nak jadi jutawan
Kerana tak faham fakta
Bodoh sombong
Aku kesal kerana gagal mentarbiahkan orang-orang kategori purba ni
Aku nak screw up mereka tapi kesian
Kesian tengok apabila hal yang mereka cuba ceritakan dan terangkan berdegar-degar macam nak bergaduh tu sangat salah
Auta semata-mata
Auta! Auta!
Ummi pernah nasihat aku
Tak guna bercakap dengan orang sombong
Bodoh pulak tu
Yang berduit tak semestinya banyak ilmu
Yang banyak cakap tak semestinya banyak ilmu
Tong kosong
Sedangkan Qarun yang bancuh emas pun ditelan bumi
Jadi jangan rasa diri tu hebat sangat
Sampai tak nak dengar pendapat dan nasihat orang
Auta je lebih
Ya, kebenaran itu perit dinyatakan
Tetapi hasilnya pasti indah macam yang Dr. HM Tuah tulis dalam bukunya
Ya aku percaya
Aku maafkan orang-orang bodoh sombong macam Israel ni
Supaya aku tak dibebani dengan perasaan dendam dah geram pada manusia purba ni
Inilah nasihat Irfan Khairi dalam buku dia
Inilah resepi nak jadi jutawan
Ya aku yakin
Buat perkara yang betul walaupun pahit
Boleh lah aku tidur sambil tersenyum lepas ni
1:38 am; Tuesday
A.I.N
April 21st, 2009 at 8:18 pm
Assalamualaikum, Pn Ain. Tidur sambil tersenyum, tapi jiran sebelah tidur dalam kelaparan. kesian kan sebab kita tak tahu masalah jiran.kdg2 itu lah masalah rakyat malaysia lebih2 lg orang islam hanya mementingkan isi hati dan perut sendiri dan kita tak tahu masalah jiran walaupun bekali-kali kita mengajak jiran melakukan perubahan dalam hidupnyn seperti kita melakukan perubahan dalam hidup kita.mungkin cara pendekatan tidak kena tempat dan masanya. susah nak merubah minda seseorang dalam masa 1 hari 2 minggu, setahun atau berabad. Nabi Muhammad SAW berdakwah selama 23 tahun secara berperingkat dan beransur untuk merubah dari akidah hingga pentadbiran dan politik islam. kenapa anda nak bandingkan jiran atau masyarakat di satu negeri yang sama atau mungkin agama dan atau bangsa yang sama dengan satu kaum Israel yang bodoh sombong dan sebenarnya lebih dari itu. Siapa Israel?Kaum yang tidak diberikan hidayah dari Allah dan sikap khianat diceritakan dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Kaum yang merasa bagus dengan kelebihan tersendiri sedangkan umat Muhammad adalah sebaik-baik ummah.Umat Nabi Muhammad zaman sekarang serba mencabar dengan segala segi. mungkin anda dikurniakan kelebihan tersendiri dan kita tidak boleh anggap apa yang kita katakan diterima oleh semua lapisan masyarakat berbalik kpd hati dan minda kan? kita boleh mengajak kuda ke pantai untuk minum air tapi kita tidak boleh paksa kuda minum. mungkin mereka tidak diberikan hidayah untuk menerima perubahan yang anda inginkan mungkin hidayah atau rezeki lain. siapa tahu? Bapa saudara Nabi Muhammad SAW sendiri Abu Talib tidak didiberikan hidayah Islam walaupun nabi sentiasa mohon petunjuk Allah. mungkin orang yang dianggap jahat itu lebih baik di sisi Tuhan jika dia sempat bertaubat sebelum mati dari kita yang sangka baik dan banyak amal tapi sebenarnya Allah saja yang tahu. semoga pakar2 dalam bidang masing-masing dapat meluaskan empayarnya seperti empayar Iskandar Zulkarnain. Kebaikan adalah daripada Allah. Segala apa yang kita ada telah disediakan Allah kita hanya mengusahakannya. Wassalam…
April 25th, 2009 at 9:03 pm
Assalamualaikum sutera salju.
Wah, puisi CACA MARBA saya dapat perhatian? Adakah puisi saya terlalu INDAH atau terlalu HODOH sampaikan anda tersalah sangka tentang mesej yang ingin saya sampaikan dalam puisi tu?
Takpelah, demi kebaikan Sutera Salju dan para pembaca, biarlah saya ceritakan kisah di sebalik puisi saya TIDUR SAMBIL TERSENYUM. Supaya tiada orang yang terasa hati atau buruk sangka pula pada saya. Baca betul2 ya, jangan salah tafsir lagi lepas ni. Mulakan dengan bismillah supaya lebih faham.
Dipendekkan cerita, saya menulis puisi tentang orang-orang yang MENGANIAYA KUMPULAN bisnes saya. Mereka menganiaya kami dengan cara yang menyalahi undang-undang, termaktub dalam POLISI DAN PROSEDUR SYARIKAT di bawah SEKSYEN 72 perniagaan kami. Jika ditangkap boleh dikenakan hukuman denda atau penjara. TETAPI APABILA saya menegah mereka daripada terus menindas perniagaan kami dengan menunjukkan POLISI DAN PROSEDUR SYARIKAT, saya pula yang DIMARAHI, DIHINA, DICACI dan NYARIS DIBELASAH (ada lelaki sanggup belasah wanita). Kesimpulannya PUISI SAYA BERKENAAN MENEGAKKAN KEBENARAN tetapi semasa SAYA BERUSAHA MENEGAKKAN KEBENARAN DAN HAK-HAK SAYA DALAM ARENA BISNES; SAYA PULA DIKATAKAN SALAH, DAN DIPERSOALKAN PULA TINDAKAN SAYA ITU. Sebab tu saya tulis dalam PUISI tu, MENGAPA yang BETUL jadi salah & yang SALAH jadi betul. Simple kan? Saya selaku LEADER dalam kumpulan bisnes saya WAJIB menegakkan kebenaran dan hak-hak AHLI di bawah saya. Hak mereka perlu dijaga, periuk nasi mereka perlu dipelihara, kalau tidak jadilah perut kosong kelaparan dsb macam Sutera Salju ceritakan. Jikalau saya tak berjuang menegakkan KEBENARAN untuk ahli-ahli bisnes saya, saya akan disoal di akhirat kelak kerana tidak menjadi pemimpin yang bertanggungjawab. Jikalau hak orang bawahan saya sendiri tidak dipertahankan, siapa lagi yang nak membela mereka? Saya berusaha dahulu, kemudian saya bertawakkal kepada Allah S.W.T. Sama kisahnya dengan rakyat Palestin, mereka tidak jemu berjuang walaupun ditindas oleh ISRAEL sekian lamanya. Kerana itu, saya selitkan dalam puisi tersebut, menegakkan kebenaran itu pahit.
Isu dalam puisi tersebut simple saja macam yang saya ceritakan di atas. Maaf cakap, jangan herot merotkan fakta. Jadi, apa sahaja yang para pembaca fikir bukan-bukan tentang puisi saya tu, buangkanlah jauh-jauh. Jangan fikir yang negatif, nanti makan diri. Tetapi saya maafkan jikalau anda kurang faham tentang PUISI SAYA YANG INDAH itu.
Wassalam.