Sun 5 Aug 2007
Sekarang saya rasa sudah tiba masanya untuk musim perayaan. Pejam celik pejam celik dah nak dekat puasa, lepas tu raya pula, tak lama kemudian hari devapali dan disusuli dengan krismas dan tahun baru cina. Sudah tentu ada di antara yang tidak sabar-sabar untuk menyambutnya termasuklah saya juga. Yeay! pada tahun ini saya dapat beraya dengan keluarga saya setelah 3 tahun tidak merayakan bersama. Selama ini kirim salam perantauan je lah.
Bersemperna dengan musim perayaan ini, kami menerima penempahan untuk mencetak sampul duit raya atau ang pow ‘red packets’. Design boleh daripada anda sendiri atau daripada kami. Senang cerita, sampul duit raya anda adalah custom made, mengikut citra rasa anda sendiri.
Cuba anda bayangkan, kenapa banyak perniagaan sanggup memberikan sampul duit raya ini secara percuma kepada pelanggan?
Jawapannya adalah senang. Ia adalah teknik pengiklanan di musim perayaan. Nama perniagaan dan produknya disertakan sekali di sampul duit raya juga. Anda jangan tak tahu, Mawi pun buat sampul duit raya sendiri ;)
Jadi apa ditunggu lagi, sila hubungi saya, jika anda mempunyai pertanyaan di admin [at] perfectexcel.com atau tinggalkan komen dibawah ini.
August 8th, 2007 at 10:19 am
Assalamualaikum,
Berapa harga sampul raya tu? Berapa hari untuk disiapkan? Kauntiti minimum? Saiz untuk design sendiri? Harap dapat berikan maklumat dengan terperinci.. :-).
August 9th, 2007 at 8:16 pm
Percetakan dari 1,250 keping sehingga 5,000,000 keping. Design terpulang kepada anda sendiri untuk mereka bentuknya sendiri atau memberikan tanggungjawab itu kepada kami mengikut kehendak anda. Jika ingin mereka bentuknya sediri, kami sertakan ‘template’ dalam format photoshop (.psd) dan illustrator (.ai) dan save dalam bentuk .pdf. Harga untuk percetakan awal yang murah. Tarikh percetakan awal adalah sebelum 15 September 2007, iaitu sebelum bermulanya puasa. Harga percetakan untuk 1250 keping di antara RM220 – RM248. Penghantaran PERCUMA ;)
August 15th, 2007 at 9:53 pm
Salam Najib
Saya ingin bertanyakan tentang kos sampul duit raya untuk 5,000 dan 10,000 keping. Designnya akan saya buat sendiri dengan menggunakan “artwork” dari lukisan anak2 yatim di sini. Ini adalah untuk satu projek membakitkan dana untuk organisasi yang menjaga anak2 ini. Ini sebahagian dari Projek yang saya sedang uruskan. Sila berikan Quote secepat mungkin. Boleh juga berikan alamat company tuan sekali? terima kasih.
ruby mohammad
August 15th, 2007 at 10:57 pm
Harga untuk 5000 sekitar RM608-RM660 manakala harga untuk 10000 sekitar RM894-RM998. Harga bergantung kepada saiz. Mengenai harga, kita boleh berunding. InsyaAllah, saya boleh membantu saudara apa yang saya mampu, lebih-lebih lagi bagi mengumpul dana untuk anak-anak yatim.
August 30th, 2007 at 3:18 am
En Najib,
saya agak berminat. Boleh beri butiran syarikat, no. tel untuk dihubungi…
Terima kasih.
Plz reply. ASAP
July 24th, 2008 at 12:53 pm
masih ada buat bisnes lagi ke? kalau ada boleh bg new quotation price for thisyear 2008. Pls email me ya.. thanks.
August 19th, 2008 at 2:09 pm
Salam.
Emailkan kpd saya berkenaan sampul duit raya in details…tq!
Najib: Saya akan hantarkan dengan segera.
September 23rd, 2008 at 4:24 pm
emailkan kepada saya berkenaan sampul duit raya in detailssssss….TQ!!
Najib: Tempahan untuk sampul duit hari raya pada tahun ini telah ditutup. Jika anda ingin membuat tempahan juga, sampul duit raya tersebut akan di hantar selepas hari raya (jadi namanye tak jadi sampul duit raya la eh). Tempahan dan penghantaran penuh sehingga hari terakhir puasa.
September 23rd, 2008 at 4:47 pm
Hai
sAYA berminat untuk mendapatkan harga sampul duit raya untuk syarikat
boleh x hubungi kami di talian seperti berikut
03-6188 9757 / 012-5136765
Najib: Tempahan boleh dibuat, tetapi proses dan penghantaran akan dilakukan selepas hari raya. Tempahan untuk hari raya sudah penuh. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi pada tahun hadapan, anda boleh membuat order pada awal bulan puasa.
April 21st, 2009 at 5:08 pm
terdapat pelbagai seminar buat duit di internet pada masa kini